Feed

Adi Firansyah Adi Firansyah Adi Firansyah Adi Firansyah Adi Firansyah Adi Firansyah Adi Firansyah Adi Firansyah Adi Firansyah Adi Firansyah Adi Firansyah

SELAMAT HARI ULANG TAHUN ARWAH/ALMARHUM ADI FIRANSYAH YANG KE-23

Ditulis pada September 25th, 2007 | Ditulis Oleh Ahli Adi Firansyah.Com Bersatu

23 tahun yang lalu, pada hari Rabu, 26 SEPTEMBER 1984, seorang insan telah dilahirkan di atas muka bumi ini. Insan ini telah diberi nama Adi Firansyah. Kelahiran beliau disambut dengan penuh kesyukuran oleh ahli keluarganya. Hari demi hari berlalu dan beliau akhirnya telah berjaya bergelar seorang artis yang terkenal dalam industri hiburan. Kejayaan demi kejayaan yang diperoleh tidak sesekali membuat beliau sombong. Beliau bukan sahaja sangat disenangi oleh keluarga tetapi juga dalam kalangan rakan-rakannya.

Insan ini suka tersenyum dan terkenal dengan sifatnya yang melucukan. Walaupun berbagai-bagai kesusahan yang dihadapi, beliau tetap tabah dalam meneruskan perjuangannya. Seperti yang pernah dikatakan oleh sahabat beliau, Tommy Kurniawan. Beliau sentiasa tenang walaupun dalam waktu yang sukar. Beliau sedar sebagai anak sulung, harapan keluarga kepada beliau sangat besar. Oleh sebab itu beliau sentiasa memberikan yang terbaik dalam kerjayanya sebagai seorang artis.

Namun, kuasa Allah mengatasi segala-galanya. Pada hari Sabtu, 23 DISEMBER 2006, dalam usia 22 tahun, Takdir Allah telah menetapkan beliau pergi meninggalkan kita semua buat selama-lamanya. Selepas berhempas-pulas menahan kepedihan dan kesakitan setelah terlibat dalam kemalangan yang parah, Arwah Adi Firansyah akhirnya menghembuskan nafas yang terakhir di hospital. Arwah Adi Firansyah seterusnya selamat disemadikan dengan tenang sambil diiringi insan-insan yang beliau kasihi.

 

keluarga adi firansyah

KENANGAN YANG TERINDAH - SAMSONS

Aku yang lemah tanpamu
Aku yang rentan karena
Cinta yang telah hilang darimu
Yang mampu menyanjungku

Selama mata terbuka
Sampai jantung tak berdetak
Selama itu pun
Aku mampu untuk mengenangmu

Darimu,
Kutemukan hidupku
Bagiku,
Kau lah cinta sejati

Bila yang tertulis untukku
Adalah yang terbaik untukmu
Kan kujadikan kau kenangan
Yang terindah dalam hidupku

Namun takkan mudah bagiku
Meninggalkan jejak hidupku
Yang telah terukir abadi
Sebagai kenangan yang terindah

 

Kini, sudah tiada lagi Adi Firansyah seperti yang pernah kita kenal sebelum ini. Yang tinggal hanyalah memori dan kenangan yang terindah. Saat-saat manis ketika beliau menghiburkan kita melalui lakonannya tetap kekal bersemadi dalam ingatan setiap insan yang mengenali beliau.

Seperti yang pernah dikatakan oleh saudara Lukhman Shah, walaupun beliau berlakon dengan serius tetapi beliau tetap memiliki wajah yang menyenangkan. Pada hari ini, 26 SEPTEMBER 2007 genaplah sudah 23 tahun usia beliau. Bagi semua peminat Adi Firansyah, beliau tetap hidup buat selama-lamanya…. HIDUP SEBAGAI SEORANG LAGENDA yang tidak akan pernah luput dalam ingatan dan sanubari kita semua. Kami di Adi Firansyah.Com dengan ini “mengucapkan” Selamat Hari ulang Tahun kepada Arwah Adi Firansyah.

Namun, Sebaik-baik ucapan hari ulang tahun yang boleh diberikan kepada Arwah Adi Firansyah ialah BACAAN YASSIN dan doa AL-FATIHAH…….

adi firansyahadi firansyahadi firansyahadi firansyahadi firansyahadi firansyahadi firansyahadi firansyahadi firansyahadi firansyah

 

SELAMAT HARI ULANG TAHUN YANG KE 23 UNTUKMU ADI FIRANSYAH…….

26 SEPTEMBER 1984 - 26 SEPTEMBER 2007 (23 TAHUN)

 

*TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PEMINAT ARWAH ADI FIRANSYAH YANG TELAH MEMBACA YASSIN DAN AL-FATIHAH UNTUK BELIAU… KAMI PASTI BELIAU SEDANG TERSENYUM PENUH KESYUKURAN DI ATAS APA YANG TELAH DILAKUKAN OLEH PEMINAT-PEMINAT SETIANYA. SEANDAINYA BELIAU BOLEH BERKOMUNIKASI DENGAN KITA, SUDAH PASTI BELIAU AKAN MENGUCAPKAN BERBANYAK-BANYAK TERIMA KASIH KEPADA ANDA SEMUA. SESUNGGUHNYA, NILAI PAHALA YASSIN DAN AL-FATIHAH ANDA BESAR MAKNANYA UNTUK BELIAU. TERIMA KASIH SEKALI LAGI KAMI UCAPKAN!

**Bacaan Yassin dan Al-fatihah yang seterusnya akan dijalankan pada 23 DISEMBER 2007 sempena memperingati 1 TAHUN pemergian Arwah Adi Firansyah ke Rahmatullah dan juga bersempena mensyukuri dan meraikan pelancaran laman web Adi Firansyah.Com secara rasminya.

 

“Semoga Roh Arwah Sentiasa Berada Dalam Perlindungan Dan Rahmat Allah SWT”

adi firansyah

—————————–UCAPAN DARIPADA PEMINAT—————————–

“Semoga Berbahagialah Engkau Di Sana… Kami Sentiasa Berdoa Demi Kesejahteraanmu”

Daripada: NieLL

-Selamat hari ulang tahun bt Adi Firansyah…semoga rohnya diberkati dan dirahmati Allah..Amin.

Daripada: Della

-Tiada lagi adi firansayah_adi FiraNsYah yang lain…

Tiada yang bisa menggantikan adi FirAnsYah…

Tiada lagi senyum ramah itu…

Tiada lagi idOLa yang baik hati itu…

Tiada lagi anak yang sangat berBakti seperti dya…

Tiada Lagi kakak yang menyayangi adik_adik nYa seperti dya…

Tiada lagi aYah yang sAngat mEnyaYangi aNak nYa seperti dya…

yA ALLAH..
berikan kedamaian untuk dirinya…
berikan tempat yang layak untuk dirinya…
berikan ruang di surga untuk dirinya…

tEnagLah engKau di Alam saNa…
amin_amin Ya RobbaL aLamin…

-Buat kak adi (alm) met ulang tahun ajah..
ucapan doa nya buat kak adi..

*smga damai di alam sana..amien
*smoga di ampuni dosa-dosa nya..amien
*smoga di bukakan pintu surGa oleh AllAh..amien
*smoga di lapangkan liang kubur nya…amien

Buat klrg kak adi :
*smg di beri ketabahan oleh allah…amien
*smua masalah dgn mantan istri kak adi (nelza/ade) dan mantan manager kak adi cepet selesai…amien (gak ada permusuhan lagi)
*utk ank atau berlian nya kak adi (chavia zagita FiranSyah)jgn lupakan papa mu di SurGa…amien
*trakhr utk adik-adik kak adi,smg tabah..ya…

kami slalu merindumu…

-InSya ALLAH,,,…….saya akan meluangkan waktu untuk membaca surat AL_ Fatihah buat kak adi,,,…….

Smoga arwah kak adi di terima di sisi ALLAH….
di ampuni dosa nya,
di bukakan pintu surga _NYA…
Smoga tante Jeni dan adik-adik kak adi bisa tabah….
amin…..amin….
Ya ALLAH…

Daripada: Erah

-semoga arwah adi d’tempatkan dlm golongan org2 yg b’iman & solehah..(amin) selamat hari jadi yg ke 23..

Daripada: Bedah38

-Insyallah… sama-samalah kita mensedekahkan surah yassin untuk Arwah Adi… semoga semua dosa-dosanya di ampunkan Allah dan diterima di sisinya… AMIN…

-Ya memang tidak di sangka-sangka insan semuda dan secakep Adi telah pergi buat selama-lamanya. Memang kalau diikutkan perjalanan hidup Adi masih panjang… tetapi tuhan berkehendakkan lain. Kita harus cekal menerima apa adanya dan bersyukur dengan nikmat tuhan dan selalu beringat bahawasanya jangka hayat seseorang itu tidak dapat ditentukan walaupun dia masih muda. Apa pun kita sebagai peminat Arwah Adi Firansyah akan sentiasa mendoakan agar dia diterima disisinya dan tenang di alam sana. Memang perit menerima kenyataan ini tetapi itulah hakikat yang harus kita terima. Adi Firansyah kau akan selalu ku kenang dalam doaku… AMIN

-Memang sedih bila beraya tanpa org yang di sayangi… semoga roh2 mereka yg telah tiada aman disana.. amin

-Semoga kebaikan hati kita diberkati oleh tuhan yang maha esa… Amin

-Sempena bulan ramadhan almubarak ini.. bersama-samalah kita panjatkan doa keatas rohnya arwah Adi.. semoga segala amal ibadatnya diterima oleh allah…dan semoga Adi tenang di alam sana…. amin

Daripada: Ainol

-Perjuangan kita masih jauh beribu batu…di saat dia masih diperlukan dia pergi dulu mengadap Tuhan yang Esa..Tuhan lebih menyayangi dirinya…walaupun dalam usia yang muda..mengigatkan kita ajal itu akan datang bila2 mase..semoga arwah adi firansyah dirahmati Allah amin…

-Memang amat tidak disangka sama sekali bahawa arwah telah pergi buat selama-lamanya. Mulanya saya amat tidak mempercayai tetapi apabila menonton cerita “Tawakal” yang sedang disiarkan melalui astro aruna membuatkan saya tergerak hati untuk mengenali lebih lanjut mengenai arwah dan amat terkejut dengan berita tentang pemergiaan arwah. Lakonan yang bersahaja malah meninggalkan kesan yang amat mendalam.

Bagaimanapun, ianya harus diterima kerana Allah menyayangi umatnya.

-Aku doakn smoga allahyarham adi firansyah dirahmati Allah S.W.T

Daripada: Shelly

Insyaallah aku bakal ngirimin doa untuk Adi,,,,,aku bakal mengadakan pembacaan yassin bersama……..

permintaan yg pertama aku dan keluarga pinta:

1)semoga amal ibadah semasa hidup nya di terima allah….
2)di tempatkan di tempat yang sebaik-baik nya…..
3)di terangkan kubur nya….
4)di hapuskan dosa semasa hidup nya….
5)dan semoga tenang di alam sana……..AMIIIIINNNN…….

Daripada: Asmida Fatehah

-InsyaALLAH saya akan sedekahkan adi firansyah dengan surah al-fatihah
bissmillahhirahmanirohim…………………amin2 yarobaalamin
semoga roh adi firanyah akan dicucuri rahmat………amin

salam sayang asmida malaysia (perlis-kuala perlis)

-saya tidak menyangka yang adi firansyah sudah pun meninggalkan kita.saya dapat khabar ini pada 24 september 2007.Kawan saya yang memberitahu yang adi firansyah sudah meninggal dunia,tetapi saya tidak percaya kerana saya yakin yang adi firansyah tidak meninggal,namun apa kan daya, apabila saya melayari internet saya dapat mengetahui tentang kematian beliau.Saya peminat NO.1 ADI FIRANSYAH apabila saya melihat beliau berlakon dalam cerita tawakal di astro ria dan dari situlah saya meminati beliau.

AL FATIHAH……………..AMIN
Saya ingin mengucapkan takziah kepada keluarga adi firansyah
bye………………..assalamualaikum

-Sama-samalah kita mensedekahkan surah al-fatihah di bulan ramadhan ini

-Assalamualaikum saya ingin mengucapkan selamat menyambut bulan ramadhan al mubarak dan salam takziah dari saya

Daripada: Lin Penang

-Hi! saya ingin ucapkan selamat hari ulangtahun untuk arwah adi firansyah. semoga engkau damai bersemadi di sana. kami amat merinduimu

Daripada: Tasya

-Assalamualaikum ….

Saya fans Malaysia No. 1 Adi Firansyah… sya tidak sama skali nyangka bhwa Adi sudah kembali ke rahmatullah.. saya berasa sedih sekali bila saya tahu Beliau sudah meninggal…. saya ucapkan TAKZIAH kpd keluarga serta isteri dan anak beliau..

AL-FATIHAH….

Amin…..

Daripada: Illya

-InsyaALLAH saya akan membacakan Yassin dan Al-fatihah untuk beliau…. lagipun 26 september hari jadi arwah kan?? InsyaALLAH..

Daripada: Nia Ramadhan

-Sedihnya bila mengingatkan mereka yg tlah pergi dulu. kalau tahun lepas kita beraya bersama-sama, tahun ini sudah tidak lagi

Daripada: Miss Flower

-Saya doakan semoga arwah dicucuri rahmat dan mendapat kebahagiaan di akhirat kelak

Daripada: Lukhman Shah

-Semoga juga Arwah Adi Firansyah Tenang dan bersama dengan orang2 yang beriman,soleh dan bertaqwa.Amin..

-Semoga kalian semua,menyedekahkan ayat Al-Quran Al-Fatihah kepada Almarhum Adi Firansyah yang telah di tetapkan oleh pihak kami.

-Terima kasih di atas sokongan anda semua terhadap Laman web ini bagi memperingati Almarhum Adi Firansyah Bin Udin Lasamang yang kita sayangi kerana lakonannya yang serius dan wajah menyenangkan kita

-Insya’allah Almarhum Adi Firansyah Bin Udin Lasamang pasti tenang disisinya.Semoga kita sedekahkan ayat Al-Quran Al-Fatihah buat Almarhum dan mendapatkan pahala darinya Amin..

Daripada: Hajar

-Terasa pilu atas pemergian adi. adi, i miss you so much

Daripada: Lyzza

-Semoga arwah adi firansyah tenang di sisi allah s.w.t..dan saya berdoa agar di sana ia tenang dan aman

Daripada: Natasya

-Assalammualaikum… semoga arwah adi firansyah tenang disisi allah s.w.t

Daripada: Ina

-Semoga aman bahagia engkau di sana

Daripada: Id

-Semoga tuhan merahmati almarhum

Daripada: Nur Ikhma

Assalammualaikum….
Saya ingin mengucapkan Selamat Ulang Tahun Yang Ke ( 23 ) Tahun Kepada Arwah/Almarhum Adi Firansyah…Semoga diberkati oleh Allah S.W.T……

Daripada: Rull

Assalammualaikum Wbt,

Terlebih dahulu tahniah diucapkan kerana berjaya mewujudkan laman web ini.

Selamat Ulang Tahun dan semoga Arwah/Armarhum diberkati Allah S.W.T…

Kepada peminat-peminat Adi Firansyah, jadikan ini sebagai pengikat hubungan silaturrahim sesama kita..

Amin

*Semua komen dan ucapan ini telah dikumpulkan sejak hari pertama laman web ini dilancarkan (1 SEPTEMBER 2007) hinggalah ke hari ini (27 SEPTEMBER 2007). Untuk memberi komen atau ucapan seterusnya, sila gunakan kotak komen di bawah. Terima Kasih.

 

Share/Save/Bookmark

Green Line

POS-POS YANG BERKAITAN:

Green Line

Green Line

39 Komen untuk 'SELAMAT HARI ULANG TAHUN ARWAH/ALMARHUM ADI FIRANSYAH YANG KE-23'

  1. Daripada Lin Penang,

    Semoga Arwah sentiasa mendapat keberkatan dan rahmat daripada-Nya.

    Selamat hari ulang tahun yg ke 23

  2. Daripada fathinie,

    semoga adi firansyah hidup semula..

    YA ALLAH,
    KEMBALIKAN LAH NYAWA ADI FIRANSYAH..
    KAMI SELAKU PEMINAT2 NYA
    SEDIH DENGAN PERMERGIAN ADI FIRANSYAH
    MAKA KEMBALIKAN LAH NYAWA NYA YA ALLAH..

  3. Daripada dika,

    assalamualaikum saya ucapkan ………saya peminat adi firansyah dr malaysia..saya amat meminatinya dalam setiap drama yang dilakonkannya terumanya Tawakal!!!semoga arwah adi firansya ditempatkan di sisi tuhan

  4. Daripada Adi Firansyah.Com,

    Kepada Fathinie,

    Sebenarnya kami sendiri berasa berat untuk meluluskan komen anda ini untuk dipaparkan kerana permintaan anda yang sangat luar biasa…. tetapi kami sentiasa menghormati setiap komen dan ucapan yang diberikan oleh setiap peminat Arwah Adi Firansyah di sini……

    Sememangnya kita semua amat-amat bersimpati dan teramat sedih di atas pemergian Arwah Adi Firansyah. Seperti yg pernah dikatakan oleh Bedah38, semasa kita baru sahaja hendak mengenali Arwah, Arwah telah pun pergi meninggalkan kita semua buat selamanya.

    Sayang seribu kali sayang…. Tatkala, Peminatnya di Indonesia berpeluang bertemu dengannya secara empat mata, kita di Malaysia hanya sekadar mampu menatap foto dan gambar beliau sahaja….

    Tetapi, kita semua tidak sepatutnya meminta Allah memulangkan kembali insan yang telah pergi ke dunia ini…. kerana hal ini adalah mustahil. Dengan meminta dihidupkan semula mereka yang telah meninggal dunia, kita seolah-olah tidak menerima takdir Allah dan melanggar Rukun Iman yang terakhir iaitu Percaya Kepada Qada’ dan Qadar….

    Dengan beriman kepada qada’ dan qadar, kita percaya bahawa di samping kita berusaha dan merancang akan kehidupan di dunia ini, Allah telah menentukan segala sesuatu itu dan semuanya terletak di dalam kekuasaan-Nya.

    Sebagai umat Islam, kita percaya apabila berlakunya Kematian, hal ini tidaklah bermaksud tamatnya kehidupan seseorang… tetapi inilah permulaan kehidupan yang sebenarnya…. Insyaallah, semoga di Akhirat nanti kita dapat dikumpulkan bersama-sama dan dapatlah kita bertegur sapa… Anggap sajalah yang Arwah sedang hidup, tetapi beliau hidup di alam yang lain… beliau tidak “mati” dalam erti kata yang sebenarnya, cuma beliau tidak hidup satu dunia dengan kita..

    Dengan membaca Al-fatihah dan surah Yassin kepada Arwah, kita sebenarnya telah membantu beliau menghadapi siksa kubur (seandainya ada) dan menambahkan amal kebaikan beliau supaya di hari kebangkitan nanti, beliau mudah melintas titian Siratul Mustaqim untuk ke syurga.

    Semoga Arwah Adi Firansyah berada dalam ketenangan sekarang ini disebabkan oleh limpahan pahala daripada peminat-peminat seperti anda semua… Amin

    *Tulisan ini ditujukan untuk semua insan yang telah kehilangan orang yang tersayang termasuklah ibu bapa, sahabat, saudara-mara dan lain-lain……..

  5. Daripada Edma,

    Assalamulaikum…

    Sangat Terharu Dengan Pemergian ADI FIRANSYAH…UdaH Kuasa Tuhan,
    Semoga Almarhum Tenang dan Aman.Takziah Buat Keluarganya..Sayang ADI FIRANSYAH…AMIN.

  6. Daripada Insan Sedih,

    A’kum,

    Bagaimana agaknya keluarga arwah adi firansyah di hari raya ini ye? mudah-mudahan mereka dapat menerima ketiadaan adi waktu hari lebaran ini

    ya Allah ya tuhanku, sesungguhnya kau berilah ketabahan kepada keluarga dan temen-temen terdekatnya

    amin

  7. Daripada rieyaaa...,

    ADI FIRANSYAH……..

    AL-fatttiiiihaaaaa…. adi Firansyah sentiasa dlm ingatan, will miiszz u 4 ever…

    TAKZIAH d ucapKn kat family Adi….

  8. Daripada Lis Da Wa Ti,

    Assalamualaikum

    saya ingin mengucapkan takziah di atas pemergian arwah

    semoga rohnya dirahmati Allah…. AMIN YA ROBBAL A LAMIN

  9. Daripada Adi Firansyah.Com,

    Sambutan Hari Ulang Tahun Arwah Adi Firansyah akan berakhir dalam masa satu minggu dari 26 SEPTEMBER 2007 hingga 3 OKTOBER 2007 ini.

    Oleh itu, kami daripada Adi Firansyah.Com dengan ini mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih di atas kerjasama dan sokongan yang telah diberikan oleh semua peminat Arwah Adi Firansyah.

    Hanya Allah SWT yang bisa membalas sumbangan anda semua. Terima Kasih.

    ——————————————————————

    Sedar atau tidak, sudah hampir setengah bulan kita meraikan Ramadhan, Hari Lebaran pun pasti akan menjelang tidak lama lagi. Kami di Adi Firansyah.Com juga tidak mahu ketinggalan dalam meraikan hari kemenangan umat Islam ini.

    Oleh itu, pihak Adi Firansyah.Com dengan ini mengumumkan SAMBUTAN HARI LEBARAN pada 10 OKTOBER 2007 iaitu selepas menjelang 3 Ramadhan yang terakhir.

    Terima Kasih.

  10. Daripada Priscilla,

    sAYA TIDAK PERCAYA INI! SAYA BARU SAHAJA MENGENALINYA TAHUN LEPAS IAITU 2006.. INI SEMUA BOHONG KAN??? =(((( OH MY GOD… I JUZ CAN’T BELIEVE THIS!

  11. Daripada viE'LuMuT,

    happy birthday to my’star…
    semoga arwah almarhum Adi Firansyah diterima disisi Allah SWT.aMIEN.
    satu harapan to my’star…
    aku pengen bgd ketemu Adi!!
    meskipun itu cuma hanya didalam mimpi…

  12. Daripada Bedah38,

    Kepada Priscilla,

    Ya… memang benar Adi Firansyah telah meninggal dunia pada tanggal 23 Disember 2006. Sebenarnya saya pun akak terkejut bila mengetahui pemerigan beliau kerahmatullah. Memang perit untuk saya menerimanya tetapi itulah kenyataan yang harus kita terima. Saya pun baru sahaja ingin meminati dan mengenalinya beliau semenjak saya menonton drama bersiri ‘Tawakal’…. tetapi sayang rupa-rupanya Arwah Adi telah pun pergi untuk selama-lamanya. Ini adalah kenyataan dan bukan satu kebohongan.. memang sukar untuk mempercayainya tapi itulah yang telah ditulis sejak azali lagi. Semoga roh Arwah Adi aman di alam sana dan ditempatkan ditempat orang-orang yang beriman dan beramal soleh… AMIN…

  13. Daripada Adi Firansyah.Com,

    Daripada: UMI yg dihantar menerusi e-mel.

    “Ibu saya sering mengatakan orang yang baik selalu akan diambil Allah agar dosa-dosanya tidak bertambah. Semoga Adi tergolong dalam golongan hamba-hamba-NYA yang diredhai. Mungkin Adi tidak mengenali saya tetapi apa yang pasti saya mengenali Adi.”

    Kepada UMI, sememangnya hampir semua daripada kita tidak pernah bertemu muka dengan Arwah…. Arwah pasti tidak mengenali kita..

    Tetapi, di Akhirat nanti….. Beliau pasti akan mencari insan-insan yang telah membantu beliau melepasi Azab Kubur dan Melintasi Titian Siratul Mustaqim.

    Tiada gunanya jika sekadar menjadi peminat di waktu senang tetapi lari di waktu kesusahan…..

    Di waktu ini, beliau sangat mengharapkan keikhlasan kita dalam menyedekahkan Ayat-ayat suci Al-Quran demi kesejahteraan arwah di sana……

    Kita beruntung kerana masih hidup dan masih mempunyai masa untuk beribadat dan mengumpul pahala. Tetapi bagi mereka yang telah tiada, tiada apa lagi yang dapat dilakukan….

    Terima kasih yang tidak terhingga kepada mereka yang telah dengan ikhlas melakukannya demi Arwah.

  14. Daripada N_fan no.1,

    Saya berasa sungguh sedih dan asyik menangis semenjak mengetahui adi firansyah telah meninggalkan kita semua. Setiap kali saya melayari internet,saya pasti akan melayari laman web adi firansyah. Tidak sempurna rasanya jika tidak menatap nama,gambar dan video clip arwah. Sebenarnya berita tentang pemergian arwah baru juga saya ketahui selepas saya menonton sinetron TAWAKAL. Selepas mononton Tawakal,hati saya tergerak untuk mengenali lebih dalam mengenai latarbelakang pelakon utamanya,iaitu Adi Firansyah. Saya sungguh terkejut dan terkilan kerana tidak dapat mengenali arwah dengan lebih dalam semasa arwah masih hidup. Setiap kali saya menyanyikan lagu Andai Ku Tahu dan membaca berita tentang arwah,saya pasti akan menangis tanpa henti. Memang pun saya berharap bahawa berita tentang kematian arwah adalah semata-mata pembohongan,tapi apakan daya ajal itu ada di tangan-Nya. Semoga Adi Firansyah ditempatkan di tempat orang yang beriman……

  15. Daripada yg menyayangi arwah.......,

    Saya ingin menyatakan rasa tidak puas hati terhadap pengurusan pihak polis dan hospital di Indonesia. Masakan sampai keluarga arwah sudah tiba di tempat kejadian tapi mangsa belum dibawa ke hospital,dipindahkan hospital sebanyak 3 kali dan dibiarkan tanpa rawatan selama 2 jam.

    Walau sebanyak manapun kata tidak puas hati yang diucapkan,arwah tetap tidak akan kembali kepada kita melainkan berlaku keajaiban yang sangat ajaib. Tapi semua itu jauh sekali daripada mungkin.

    Kalau boleh,saya ingin memutarkan masa dan bersedia di tempat kejadian untuk mengelakkan kecelakaan itu berlaku.

    Semoga arwah Adi Firansyah diterima oleh Allah…….

  16. Daripada Adi Firansyah.Com,

    Kepada: N_fan no.1

    Waduh…. Jangan begitu dong. Sudahlah, yang pergi tu kita redhakan aja ya… Ingatlah bahawa Allah sangat menyayangi insan yang bernama Adi Firansyah ini.

    Mudah-mudahan rohnya ditiupkan bau-bauan daripada Syurga dan diletakkan benteng-benteng penghalang daripada Api Neraka..

    Tapi terima kasih kerana meluahkan perasaan anda di sini…. Kerana itulah sebabnya website Adi Firansyah.Com dicipta!

    Adi Firansyah.Com dihasilkan untuk semua peminat Arwah Adi Firansyah berkumpul dan merasai kesakitan, kepedihan, dan kepiluan setiap daripada kita semua…..

    Nasihat kami, sebelum hati anda betul2 tenang…. janganlah didengarkan lagu2 sentimental dan sedih kerana itu ibarat mencurahkan air garam ke atas luka yang masih belum sembuh… MENYAKITKAN….

    Semoga anda tabah menghadapi semua ini… Kami semua adalah peminat Adi Firansyah yang sudi membantu…. :-)

  17. Daripada Priscilla,

    =(.. ya BEDAH38.. Saya juga baru mengenalinya dalam sinetron “Tawakal”..
    dari situ aku mulai meminatinya dan bercita2 ingin ketemu sama arwah adi..
    tapi semua harapan ku musnah! hancur! yang parahnya lagi, aku baru mengetahui yg beliau telah ‘pergi’.. aku baru tahu yang beliau meninggalkan kita pada tanggal 30/9/2007.. jiwa ku terganggu.. lebih terok lagi, aku menduduki PEPERIKSAAN..PMR.. =(… aku enggak bisa konsentrat.. asyik teringatkan beliau.. =(.. Kalau diberi peluang, aku ingin ketemu sama adi walau pun sebentar cuma.. =(… aku menangis semalaman setelah mengetahui berita ini… aku bagai nggak percaya..
    sehingga sekarang ini aku masih belum dapat menerima kenyataan… =(

  18. Daripada Priscilla,

    Benar apa yang dikatakan oleh ‘yg menyayangi arwah’? APA??!! DIBIARKAN TANPA RAWATAN SELAMA 2 JAM!!!!!!!!!!! GILA KA???!!! ORANG MACAM TU TIDAK BOLEH DIBIARKAN! SEDANG DALAM KRITIKAN DIBUAT MACAM ITU!!!???? SAYA TIDAK PUAS ATI!!!!!!! WHY??? WHY???!!! LEBIH BAIK SAYA YANG MENGANTIKAN TEMPAT ADI… SAYA LEBIH RELA MENGANTIKAN TEMPAT BELIAU…. =(.. =(

  19. Daripada Priscilla,

    SAYA TIDAK DAPAT MENONTON FILEM BELIAU YANG BERJUDUL ‘CEMBURU’…
    MENYAKITKAN HATI… SETIAP KALI TERPANDANG WAJAHNYA, HATI KU MULAI TERGURIS YANG AMAT SANGAT!

  20. Daripada Rintihan ku,

    HAPPY BIRTHDAY ADI FIRANSYAH….

    seandainya kamu boleh mendengar ucapanku ini….

    hanya al-fatihah dan yassin sahaja hadiahku untuk mu….

    engkau ibarat segala-galanya bagiku….

    engkau memang tidak ada gantinya….

    selamat tinggal Adi……

    ku redha pemergianmu……

    walau pahit seperti hempedu….

    walau pedih seperti dihiris sembilu……

    ku redha kau pergi menghadap illahi……

    mungkinkan suatu masa nanti kitakan ketemu lagi?…..

    insyaallah Adi! Insyaallah! AMIN…

  21. Daripada yg menyayangi arwah.......,

    kpd PRISCILLA,

    memang benar apa yg sy katakan………..

    apa maksud anda bahawa anda tak dapat menonton filem arwah boleh menonton di yang berjudul ‘CEMBURU’?

    adakah maksud anda filem berjudul ‘AKU CEMBURU’?

    kalau anda maksudkan filem itu,anda boleh menonton filem itu di Youtube..

    tapi,kalau boleh tumpukan dulu pada PMR anda. nantikan terjejas pula yerr…

  22. Daripada yg menyayangi arwah.......,

    maaf,

    ada beberapa ayat yang saya tersalah tulis….

  23. Daripada yg menyayangi arwah.......,

    memang benar kata orang,

    bagi insan yang pergi buat selama-lamanya tidak akan mengucapkan ’selamat tinggal’ kepada kita…….

    tetapi,bagi insan yang ada mengucapkan ’selamat tinggal’ sebelum pergi,pasti akan mengucapkan ‘helo’ kembali kepada kita suatu hari nanti……

  24. Daripada Priscilla,

    ya yang menyayangi arwah..
    aku maksudkan filem beliau ‘AKU CEMBURU’..
    maksudku, aku tidak dapat menonton filemnya..
    setiap kali terpandang wajahnya yang sedang bercakap dan ketawa..
    Hatiku terguris..
    aku tidak sanggup…
    terlalu menyakitkan…
    setiap kali itu juga air mataku keluar..

    Kepada peminat2 arwah adi,, tonton filem beliau..
    Filem TAWAKAL di Astro ARUNA..
    SETIAP PUKUL 8 MALAM..

    utk pengetahuan, dari filem itula aku mulai mengenali beliau… =(

  25. Daripada Adi Firansyah.Com,

    Kepada Priscilla, Kami harap anda dapat memberi tumpuan kepada peperiksaan PMR anda…..

    Semoga anda dapat menerima pemergian Adi Firansyah dengan hati yang terbuka…..

  26. Daripada yg menyayangi arwah.......,

    ya,memang benar kata Priscilla………..

    setiap kali saya menonton drama arwah,saya pun turut berasa sebak……

    selalunya,saya tidak akan menangis di depan ahli keluarga saya tetapi saya akan menangis seorang diri sebelum tidur………..

    saya benar2 berharap supaya saya boleh berhenti daripada berfikir dan mengenang arwah adi firansyah terus-terusan,kerana saya berasa tertekan dan bimbang tidak dapat menumpukan perhatian pada pelajaran…..

  27. Daripada yg menyayangi arwah.......,

    mengapa drama yang dibintangi arwah seperti GEDE GENGSI-GEDEAN,SAHABAT SEJATI,CINTA 2020 dan yang lain2 lagi tidak boleh ditonton di Youtube?????????

    saya kepingin sekali menonton drama arwah yang lain………. lagipun cerita TAWAKAL pun hampir tamat pada hujung bulan oktober

    saya tak boleh tahan jika tidak melihat wajah arwah………….

  28. Daripada Adi Firansyah.Com,

    Kepada: Yg menyayangi arwah…

    Memang kami berharap sinetron2 Arwah Adi yg lain dapat ditayangkan di Youtube. Tetapi disebabkan kami sendiri tidak mempunyai CD/DVD nya, pihak kami tidak dapat meng uploadnya ke Youtube.

    Tetapi Insyaallah…. kami akan cuba usahakan suatu masa nanti….

  29. Daripada yg menyayangi arwah.......,

    terima kasih………..

  30. Daripada Priscilla,

    Ya benar kata yg menyayangi arwah..
    saya juga tidak menangis depan ahli keluarga
    tapi menangis seorang diri sebelum tidur..
    saya tidak dapat menahan sebak..

    Saya juga mohon supaya cerita2 arwah yang lain, ditayangkan di you tube..
    Saya baru selesai menonton filem arwah ‘AKU CEMBURU’..
    sangat menyedihkan dan melucukan..
    tetapi, kesedihan itu tetap menyelubungi aku.. =(..
    saya takut pelajaran saya terganggu..
    saya tidak dapat melupakan beliau walau sesaat..
    apa yang perlu saya lakukan??

    Ibu saya bertanya kpd saya..
    kenapa saya sejak kebelakangan ini murung..
    saya hanya menjawab, saya keletihan..
    sayangnya, kami tidak lagi menggunakan astro..
    saya tidak mempunyai kesempatan utk menonton filem beliau yang berjudul TAWAKAL..

    Kami sekarang hanya menggunakan PRABOLA..
    tetapi saya tidak dapat mencari filem beliau lagi..

    TOLONG SGT2 KEPADA ADI FIRANSYAH.COM..
    AKU MOHON SEKALI..
    SUPAYA TAYANGKAN FILEM BELIAU YANG LAIN DI YOU TBE…

    Salam buat semua yg menyayangi ADI FIRANSYAH..

  31. Daripada Adi Firansyah.Com,

    Kepada: PRISCILLA dan lain-lain….

    Kami begitu bersimpati kepada anda-anda semua yg tidak dapat menonton TAWAKAL.

    Oleh itu…Pihak Adi Firansyah.Com akan cuba untuk merakam sinetron dan uploadnya ke Youtube… walau dengan apa cara sekalipun….

    Doakan kejayaan kami…..

    Tapi kami hanya dapat mencuba……. dan kemungkinan kualiti video Youtube itu nanti sangat tidak memuaskan disebabkan oleh rakaman dilakukan terus daripada kamera komputer….

    Hanya ini sajalah usaha terbaik yg kami dapat lakukan….

    Bagi mereka yg lain seandainya terbaca komen ini… cuba-cubalah usahakan utk merakam sinetron TAWAKAL di Astro Aruna (8.00 Malam) dan upload ke Youtube demi rakan-rakan kita yg lain yg tidak dapat bersama kita menonton wajah-wajah Arwah Adi Firansyah untuk sekian kalinya…..

    Kepada priscilla….. Harap anda bersabar ya…… Jangan give up… ingat sama tuhan…. Arwah Adi pastinya sedang berbahagia menunggu hari kebangkitan nanti…. kita pun pasti akan ikut menyusul juga di kemudian hari… cuma masanya saja kita tidak tahu……. Kami ada bersama kamu…. kalau kamu mahu luahkan perasaan… luahkan saja di sini atau hantar e-mail untuk jaga privasi anda.. Apa-apa pun kami setia dan sedia membantu…..

    Asalnya kami pun teruk juga sedihnya sampai tak dapat terima hakikat pemergian Arwah… tapi syukur pada tuhan…. akhirnya… perlahan-lahan kami dapat menerima hakikat yg Arwah Adi sudah tidak ada dan kita yg masih hidup mesti meneruskan kehidupan…….

    Terima Kasih. ;-)

  32. Daripada Priscilla,

    =) terima kasih pihak adi firansyah.com..
    saya akan cuba untuk menerima hakikat ini..
    =)
    saya akan tetap berusaha..
    doain aku ya.. =)
    semoga yang lain juga begitu..
    hari semakin hari aku sudah dapat membendung sedikit perasaan saya ini..
    tapi masih rindu pengen ngeliat dia bermain sinetron lagi gitu..

    Semoga yang lainnya juga, aku mohon supaya Filem TAWAKAL nya boleh ditayangkan ke YOU TUBE ya..
    gue akan doain semua usaha kalian dan semoga Tuhan memberkati kalian semua.. amin…

  33. Daripada Priscilla,

    NAMPAKNYA PROJEK YANG NAK DILAKUKAN OLEH ADI FIRANSYAH.COM MENYERONOKKAN…
    DOAKAN SUPAYA SAYA DAPAT MENYERTAINYA… =)

  34. Daripada Adi Firansyah.Com,

    Kepada Priscilla,

    Ya bisa aja kalau kamu mahu….. ;-)

    Kepada semua peminat setia Arwah Adi Firansyah yang tidak mahu ketinggalan dalam aktiviti yang kami rancang, kami nasihatkan anda untuk menjadi Ahli Adi Firansyah.Com

  35. Daripada asmida fatehah_afa,

    saya seronok sangat membaca ucapan daripada Priscilla ini. say teringin sangat ingin bersembang dengan awak di dalam ini.

    Buat Adi Firansyah,semoga roh mu dicucuri rahmat.
    “harimau mati meninggalkan belang”
    “Adi Firansyah mati meniggalkan nama”
    senyumanmu tidak pernah aku lupakan, apabila melihat kau berlakon di dalam sinetron tawakal…….

    Saya rasa tidak terlambat lagi saya mengucapkan “HAPPY BRITHDAY” for Adi Firansyah.

    Saya menyokong 100% sebarang aktiviti yang dianjurkan oleh Adi Firansyah.Com
    Kepada semua Ahli Adi Firansyah, Salam Sayang dari saya……….

    yang mengenangmu……………….Asmida

    DARIPADA ADI FIRANSYAH.COM:

    Terima kasih Asmida di atas sokongan anda…

  36. Daripada nurahany,

    saya punya anak seusia Arwah Adi. Dengan ini suka saya gelarkan diri ini ibu saja. Ibu amat berminat menonton drama tawakal sehingga selalu merajuk jika terpaksa mengalah dengan anak-anak. Hari ini baru ibu tahu yang Adi telah tiada…. airmata ibu trus mengalir…sedih dan tidak percaya. Bagaimana kita menyayanginya tapi tuhan lebih menyayanginya….. Kepada ibu dan keluarga juga peminat-peminatnya tabah dan merelakannya…..AMIN

    DARIPADA ADI FIRANSYAH.COM:

    Terima kasih Puan Nurahany di atas sokongan anda…

  37. Daripada jennifer @ jj,

    Saya amat meminati cerita ‘Tawakal’, dan amat meminati pelakon Adi Firansyah yang membawa watak utama Aldo..tetapi hampir penghujung cerita Tawakal, saya amat terkejut & sedih bila mendapat tahu orang yang saya minati sudah meninggal Dunia..perasaan saya hanya saya yang tahu..dan Hati ini berkata “Kenapalah aku mengenali dan meminatinya terlalu lambat..” dan hanya satu yang saya dapat berikan kepada Dia iaitu Doa semoga Adi Firansyah Aman.. tenteram dan dicucuri rahmat..

    DARIPADA ADI FIRANSYAH.COM:

    Terima Kasih Jennifer…. Hanya Tuhan yang dapat membalasnya…

  38. Daripada Dnar faZa,

    haPpy bdaY alm adi firansyah..Smoga engkau seLalu bahagia di alam saNa,,amiEn..Kita semua,,aKan seLaLu mengenaNgmu,dmNapun Qta braDa..Krena Qt smua sYang skLi aKan aDanYa dRimu saaT iNi atawPun seterUsnya..Doa Qt sma menYertaimu..aMieN..SkLi Lg happy bday to you…..

  39. Daripada Qeylah,

    Assalamuálaikum,,
    Saya terlambt mengucp kan selamat hari jadi kpd arwh Adi dan saya akn mengucp kan nya sekarang..Selamat hari jadi..Saya minta maaf sekali lagi..
    Adi,,,walau pun engkau tiada di dunia ini,engkau tetap ada di hati setiap peminat mu dan senyuman mu tidk akan pernah ku lupakan buat selamanya..=)..
    Semoga engkau tenang di Alam Bazrakh dan di terima segala amal ibadat mu..
    Amin Ya Rabbal Alamin..
    Selamat jalan Adi Firansyah..
    Akan ku ingat diri mu selalu =)

Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini...

All Comments Are Moderated, So Play Nice! Don't Leave Crap Comment Here.

Semua Komen Akan Disemak Dan Disahkan Dahulu, Jadi Tulis Dengan Berhati-hati.

Green Line

KOMEN-KOMEN YANG TERKINI:

Green Line