Mengenali Arwah Mohamad Azqi
Siapakah Mohamad Azqi? Dalam kisah-kisah yang telah dipaparkan sebelum ini, kami menggunakan nama Mohamad Aliff. Sebenarnya yang telah berlanggar dengan Arwah Adi Firansyah bukan kanak-kanak yang bernama Mohamad Aliff tetapi Mohamad Azqi. Terima kasih diucapkan kepada Puan Herti kerana membetulkan kesalahfahaman ini di samping sudi membenarkan Adi Firansyah.Com menggunakan artikel tulisan beliau untuk dipaparkan di laman web ini.
Artikel ini ialah terjemahan daripada artikel tulisan Puan Herti dalam Bahasa Indonesia. Untuk melihat artikel asal, sila ke laman web beliau.

Sebuah Memori Untuk Mohamad Azqi
Azqi, seorang anak yang riang, cerdas, dan mempunyai rasa ingin tahu yang tinggi. Lihat gambarnya. Dia berdiri di lokomotif kereta api dengan memakai jam tangan hitam. Saya sering tak terjawab segala pertanyaannya. Suatu hari dia pernah bertanya.
“ Cikgu herti, pembantu cikgu ada berapa?”
“ Saya tidak ada pembantu “ jawab saya
“ Kenapa tidak ada? Siapa yang mencuci baju?’
“ Saya mencuci sendiri?”
“Sendiri cikgu? “
“ Cikgu pergi ke sekolah naik apa?”
“Naik beca”
“ Naik beca…?”
Azqi tidak pernah berhenti bertanya. Terus dan terus. Dia anggap semua orang sama seperti dia, pergi ke sekolah dihantar dengan kereta dan pemandu peribadi. Dulu, Hampir setiap hari saya harus mendengar kata-kata ini
“ Cikgu… Azqi mematahkan pensil aku “
“ Cikgu, Tadi Azqi memukul aku “
“ Pembarisku dipatahkan oleh Azqi “
Atau tiba-tiba saja ada yang menangis
“ Diganggu sama Azqi….”
Perlahan-lahan saya mendekati Azqi. Tidak ada sinar kekerasan di matanya. Justeru sebaliknya, matanya sendu dan menyimpan kesedihan.
“Azqi, kamu kenapa?”
Itu selalu pertanyaan awal saya
Saya berusaha mengenalpasti, mengapa Azqi sering melakukan kekasaran.
Azqi tidak mahu markah hasil kerjanya di bawah 10. Saya sering terjumpa robekan kertas jika hasil kerjanya tidak sempurna. Padahal Emak Azqi, sangat memberi perhatian. Dia rajin bertanya keadaan sang anak. Saya tabik padanya. Tapi entah kenapa, perilaku kasar Azqi sulit untuk dihentikan. Memang ada perbezaan cara mendidik anak antara ayah dan ibunya. Perlahan-lahan saya amati hobi Azqi. Dia peminat Valentino Rossi, sering kali dia menggantikan namanya menjadi Valentino Azqi. Dia juga suka muzik, seperti Peter Pan dan Samsons.

Saya sama sekali tidak menyalahkan Azqi kerana perilakunya. Dia masih kecil, saya hanya ingin tahu, hal apakah yang membuat dia menjadi sangat kasar. Apakah tayangan televisyen seperti Smackdown (Gusti). Teori psikologi anak membezakan antara pelaku dan perilaku. Jadi, jangan menilai bahawa si anak jahat, nakal, kasar. Katakan bahawa “Anak soleh, tidak boleh nakal“. Jika dilihat kepada Azqi. Memang, jika sekadar teori tanpa kesabaran tidak ada hasilnya.
Saya pernah tidak tahan dan mengatakan bahawa jika dia terus menyakiti rakan-rakannya, dia akan masuk penjara seperti kes jenayah Raju (nama penjenayah). Tapi ternyata dia tidak takut. Dia memberitahu kalau di dunia
ini tidak ada yang sayang padanya. Lalu saya membawanya keluar. Waktu itu saya bingung apa yang harus dibuat. Tiba-tiba saja dia bercerita sambil menangis.
Dan dia menceritakan semua isi hatinya pada saya. Entah kenapa, saya yang saat itu benar-benar kesal, menjadi ingin menangis juga. Saya peluk dia dan saya beritahu bahawa banyak orang yang mencintai dia, apatah lagi saya. Saya tidak boleh menceritakan semuanya di sini. Terlalu banyak kenangan saya bersama Azqi. Sampai pada suatu hari, saya mendengar khabar bahawa dia meninggal kerana kemalangan dengan artis Arwah Adi Firansyah.
Saya benar-benar terkejut. Bagaimana mungkin si kecil Azqi boleh menaiki motosikal terlalu jauh. Lalu saya teringat cita-citanya untuk menjadi pelumba seperti Valentino Rossi. Hari itu, ibunya memang berasa kehilangan. Azqi diajak rakan-rakannya bermain di luar kompleks. Padahal setahu saya, ke mana-mana dia pergi pasti akan dihantar. Azqi memang sudah boleh naik motosikal sejak darjah satu. Ibunya berkata, Azqi hanya boleh keluar di sekeliling kompleks sahaja.
Badan Azqi memang besar, tegap dan kuat. Mungkin dia memang perlu membuat sesuatu untuk menyalurkan tenaganya yang berlebihan. Saya mempunyai niat untuk menyarankan Azqi untuk ikut bermain pancaragam. Mungkin kalau dia ikut, dia tidak akan memukul rakan-rakannya lagi. Tapi saya telah terburu-buru berpindah dari sekolah Azqi. Disaat-saat akhirnya, Azqi jarang datang. Padahal saya ingin sekali bercakap dengan dia. Sekarang, Azqi sudah tenang di sana. Allah lebih sayang kepadanya, dia dipanggil begitu cepat. Membawa semua kenangan saya bersamanya………….
P/S: Kepada Puah Herti, terima kasih atas artikel ini. Semoga Arwah Mohamad Azqi dan Arwah Adi Firansyah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman di sisi Allah S.W.T. Amin………
Untuk gambar yang bersaiz lebih besar sila klik di SINI dan SINI


POS-POS YANG BERKAITAN:Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini...