Maklumat Tambahan: Sinetron Tawakal Secara Rasminya Berakhir Hari Ini
VIDEO PEMBUKAAN SINETRON TAWAKAL
VIDEO PENUTUP SINETRON TAWAKAL
Kami daripada Adi Firansyah.Com dengan penuh dukacitanya mengumumkan bahawa Sinetron TAWAKAL telah berakhir secara rasminya pada hari ini 31 OKTOBER 2007 di saluran Astro Aruna. Sinetron yang telah memperkenalkan sebahagian besar daripada kita semua terutamanya warga Malaysia dan Brunei dengan Almarhum Adi Firansyah ini berakhir dalam episod ke-111.
Seperti yang dijangkakan, Aldo (Almarhum Adi Firansyah) telah kembali bersatu dengan Anggun (Tia Ivanka) di saat-saat akhir selepas kematian Haikal (Rendy Bragi) yang tragis dalam kemalangan jalan raya.
Pengakhiran sinetron ini walau bagaimanapun dianggap “kurang memuaskan” kerana sepatutnya episod terakhir ini boleh dipanjangkan ke beberapa episod lagi sebelum ditamatkan. Ketiadaan beberapa watak utama dalam episod akhir ini terutamanya Danubroto, Sugiarto dan konco-konconya, Laras, Bi Inah, Ibu Dewi, Pak Hassan, kondisi Ronny dan kondisi Vera yang tidak diketahui dengan jelas telah meninggalkan tanda tanya kepada semua pemirsa (penonton).
Ronny dan Vera tidak mungkin akan berdiam diri bukan? Apakah tindakan kejam lain yang mungkin diambil oleh mereka. Bagaimana reaksi Danubroto? Adakah beliau akhirnya dengan ikhlas dapat menerima kehadiran Anggun dan juga anak angkatnya Abimanyu? Adakah Sophia dan kekasih barunya itu dapat melangsungkan perkahwinan? Apa pula yang berlaku kepada Laras dan keluarga anak asuhannya? Semuanya seperti suatu tanda tanya yang tidak berkesudahan…..
Bukankah lebih elok dan manis sekiranya episod penghabisan ini berakhir dalam keadaan semua watak-watak dan pemain-pemain utama berkumpul dalam sebuah keluarga yang besar berbanding hanya beberapa sahaja yang ada? - Lin Penang
Selain itu, kami juga berasa sedikit hairan kerana berdasarkan laman web Lenna Tan iaitu salah seorang pelakon dalam Sinetron TAWAKAL yang memegang watak “Zoya” iaitu isteri Haikal yang kejam, tertulis di situ jumlah episod TAWAKAL ialah 130 episod dan bukannya 111 episod seperti yang telah ditayangkan di Astro Aruna versi Malaysia.
TAWAKAL ( INDOSIAR ) - 130 episode
Sinetron ramadhan
Berperan sebagai Zoya yang gila harta,untuk mencapai ambisinya Zoya dibantu oleh adiknya Gery (Atoy), ingin memperebutkan harta mantan suaminya Haikal (Rendy Bragi) seorang dokter. Haikal membantu seorang perempuan yang sedang hamil dan mempekerjakannya sebagai asisten yaitu Anggun (Tia Ivanka) yang kabur dari suaminya karena tidak direstui keluarga Aldo.
Sila rujuk di sini: www.lennatan.com
Laman web di atas masih lagi dalam proses pembikinan dan anda mungkin mengalami sedikit kesukaran untuk mengaksesnya dalam tempoh terdekat ini.
Sila tinggalkan komen dan pendapat anda mengenai hal ini sekiranya ada……..
Beberapa episod TAWAKAL yang sempat dirakam akan mula ditayangkan di Youtube melalui kerjasama warga Adi Firansyah.Com selepas pelancaran laman web Adi Firansyah.Com secara rasminya pada 23 DISEMBER 2007.
Semoga bertemu lagi pada 23 DISEMBER 2007 ini.
Sekian, Terima Kasih.
Daripada,
Adi Firansyah.Com
P/S: Terima Kasih diucapkan kepada salah seorang Ahli Adi Firansyah.Com, iaitu Lin Penang di atas semua informasi yang telah diberikan. Terima kasih juga kerana sanggup meluangkan masa untuk memaklumkan perkembangan terkini Sinetron Tawakal ini.
Diharapkan semua peminat Almarhum Adi Firansyah yang telah meninggalkan komen dan pendapat di Adi Firansyah.Com dapat menunggu sehingga 23 Disember 2007 ini untuk mendapat maklum balas. Semua komen, pendapat dan e-mel yang dihantar telah pun dibaca dan disemak oleh pihak kami. Cuma masa sahaja tidak mengizinkan kami memberi respons kepada anda. Kami memohon maaf di atas segala kesulitan yang mungkin timbul akibat daripada penangguhan ini.

- Maklumat Tambahan 2: Sinetron baru lakonan Almarhum Adi Firansyah akan ditayangkan di Astro Aruna
- Maklumat Tambahan: Sinetron baru lakonan Almarhum Adi Firansyah akan ditayangkan di Astro Aruna
- Drama / Sinetron Lakonan Arwah Adi Firansyah Yang Telah Ditayangkan Astro
- Ruangan Sembang Dan Bincang
- Berapa banyak episod dalam drama TAWAKAL?
- ADI FIRANSYAH.COM TELAH DILANCARKAN SECARA RASMI
- Masanya Untuk Kami Berehat Seketika…..
- SELAMAT HARI ULANG TAHUN ARWAH/ALMARHUM ADI FIRANSYAH YANG KE-23
- TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PEMINAT ARWAH ADI FIRANSYAH
- Siapakah Adi Firansyah?



saya pun rasa penamat citer tu tak kemas.