Kisah Kesepuluh
KISAH KE-10
KENALI CIRI-CIRI MOTOSIKAL ADI FIRANSYAH

MOTOSIKAL ADI FIRANSYAH
Penting untuk diperhatikan daripada kemalangan yang meragut nyawa Adi Firansyah bersama motosikalnya, Kawasaki ZX750. Penunggang mesti betul-betul mengenal ciri-ciri tunggangan. Apa lagi, jenis motosikal Kawasaki ZX750 yang mempunyai kapasiti silinder 750 cc dan mempunyai kuasa 121 dk.
Tenaga itu empat kali lebih besar dibandingkan dengan Kawasaki Ninja 150 RR yang sudah mengaplikasikan Super KIPS. Bahkan lebih baik lagi jika dibandingkan dengan Ninja 150 R buatan PT Kawasaki Motor Indonesia.
Motosikal ZX750 mempunyai kelajuan tinggi. Sehingga badan penunggang boleh tertarik ke belakang. Badan motosikal ini berat dan pengemudian adalah terbatas. Oleh itu, pengendalian motosikal ini memerlukan kemahiran badan.
“Kalau tidak faham dengan ciri-ciri motosikal, bukan sahaja diri sendiri yang diancam bahaya, tetapi juga lingkungan di luar kita,” ujar Subhan, Pengurus, PT Astra Honda Motor (AHM).
Motosikal jenis ZX750 jarang digunakan, jadi mesti betul tunggangannya. Lebih-lebih lagi jika motosikal ini dipandu dengan kelajuan tinggi. “Sekadar memahami ciri-ciri motosikal sahaja belum mencukupi. Mengenalpasti kawasan tempat pemanduan juga harus dilakukan,” lanjut jejaka berkaca mata ini.
Kejadian menimpa Adi secara teknikalnya adalah seperti yang diucapkan Subhan. Kelajuan tinggi ZX750 ditambah pula dengan pemahaman minimum mengenai ciri-ciri motosikal. “Kalau masih belum faham dengan motosikal yang kuasanya besar, sepatutnya cuma digunakan seminggu sekali, itu baru permulaan.”
Sebenarnya kuasa maksimum untuk sesebuah motosikal sepatutnya ialah 600 cc. Ini pun memerlukan kebolehan untuk menggunakannya,” ulas Rizki ‘Kiki’ Mario, Koordinator dan Penasihat Yamaha Safety Science, PT Yamaha Motor Kencana Indonesia (YMKI).
Kiki juga menjelaskan bahawa ciri-ciri motosikal berat memerlukan kemampuan pengendalian yang tinggi. Tidak seperti motosikal jenis “massal”. Kerana kadar putaran pengemudiannya terbatas, hal ini bererti, kemahiran badan untuk menggerakkan motosikal mesti baik. Sewaktu kelajuan tinggi, mesti tahu titik berhenti paling dekat dalam mengendalikan motosikal.
—————————————————————————————————————
Daripada,
Adi Firansyah.Com
SEGALA HAKCIPTA ADALAH DILINDUNGI DAN TERPELIHARA ©
Gambar: www.kapanlagi.com


POS-POS YANG BERKAITAN:Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini...