Feed

Adi Firansyah Adi Firansyah Adi Firansyah Adi Firansyah Adi Firansyah Adi Firansyah Adi Firansyah Adi Firansyah Adi Firansyah Adi Firansyah Adi Firansyah

Kisah Kedua

Ditulis pada September 9th, 2007 | Ditulis Oleh Ahli Adi Firansyah.Com Bersatu

KISAH KE-2

“Adi meninggalkan lokasi penggambaran di Bambu Apus tepat pukul 3.00 Petang dan setengah jam kemudian kami mendapat khabar Adi kemalangan,” terang salah seorang krew drama daripada syarikat Multivision.

Menurut beberapa sumber, bintang drama kelahiran 26 September 1984 ini berlanggar dengan motosikal yang ditunggang oleh budak berusia 10 tahun, kerana sama-sama memecut dengan kelajuan tinggi, arwah Adi tidak mampu mengawal Motosikal Kawasakinya dan menghentam motosikal supra fit di depannya.

Bintang tampan yang memiliki tinggi 182cm yang popular dengan drama GENGSI GEDE GEDEAN ini meninggal dunia di Hospital Umum Daerah Bekasi, Indonesia setelah beberapa kali berpindah hospital dengan alasan peralatan yang tidak mencukupi.

“Abang Adi sempat berpindah ke beberapa hospital dari Hospital Cikunir, Hospital Ibu dan Anak dan yang terakhir Hospital Umum Daerah Bekasi, Indonesia, tapi Abang Adi dibiarkan begitu saja,” Ungkap Andre (adik Adi Firansyah) kecewa.

Ibu Adi, Yenni telah mendapat firasat kerana hari itu arwah Adi meminta beliau untuk tinggal di rumahnya di bilangan Jatibening, Jakarta Timur. Tapi seharian di rumah Adi, Yenni selalu gelisah dan meminta Andre, adik Adi untuk menghubungi Adi tapi telefon bimbitnya tidak aktif, beberapa minit kemudian beliau mendapat khabar Adi mengalami kemalangan.

“Abang Adi sempat merintih sebelum meninggal, Adi sudah tak kuat ma, sakit sekali ma, maafkan Adi ya…ma,” Tutur Andre sedih.

Sebelum meninggal, Adi pun sempat berpesan kepada Andre untuk menjaga ibunya dan anaknya, Chavia.

Pada hari keesokannya, arwah Adi Firansyah selamat dikebumikan di Tanah perkuburan Umum Pondok Kelapa, Jakarta Timur.

—————————————————————————————————————

Daripada,

Adi Firansyah.Com

Share/Save/Bookmark

Green Line

POS-POS YANG BERKAITAN:

Green Line

Green Line

6 Komen untuk 'Kisah Kedua'

  1. Daripada Priscilla,

    =( ( menangis)

  2. Daripada della,

    sedih bagt lah…..

  3. Daripada salsabella,

    ;’( truly sad

  4. Daripada irsyah,

    semoga roh Abang Adi Firansyah dicucuri rahmah dan aman abadi di alam sana

  5. Daripada R-naa,

    =(

    sedih bgt haruz khlangan seorg adi firansyah…………….

    nmmu kan slamanya dihati…………

  6. Daripada ADE oLanD,

    y Allah terimalah adi disisimu y Allah

Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini...

All Comments Are Moderated, So Play Nice! Don't Leave Crap Comment Here.

Semua Komen Akan Disemak Dan Disahkan Dahulu, Jadi Tulis Dengan Berhati-hati.

Green Line

KOMEN-KOMEN YANG TERKINI:

Green Line