Feed

Adi Firansyah Adi Firansyah Adi Firansyah Adi Firansyah Adi Firansyah Adi Firansyah Adi Firansyah Adi Firansyah Adi Firansyah Adi Firansyah Adi Firansyah

Maklumat Tambahan: Sinetron Tawakal Secara Rasminya Berakhir Hari Ini

Ditulis pada October 31st, 2007 | Ditulis Oleh Ahli Adi Firansyah.Com Bersatu

VIDEO PEMBUKAAN SINETRON TAWAKAL

VIDEO PENUTUP SINETRON TAWAKAL

Kami daripada Adi Firansyah.Com dengan penuh dukacitanya mengumumkan bahawa Sinetron TAWAKAL telah berakhir secara rasminya pada hari ini 31 OKTOBER 2007 di saluran Astro Aruna. Sinetron yang telah memperkenalkan sebahagian besar daripada kita semua terutamanya warga Malaysia dan Brunei dengan Almarhum Adi Firansyah ini berakhir dalam episod ke-111.

Seperti yang dijangkakan, Aldo (Almarhum Adi Firansyah) telah kembali bersatu dengan Anggun (Tia Ivanka) di saat-saat akhir selepas kematian Haikal (Rendy Bragi) yang tragis dalam kemalangan jalan raya.

Pengakhiran sinetron ini walau bagaimanapun dianggap “kurang memuaskan” kerana sepatutnya episod terakhir ini boleh dipanjangkan ke beberapa episod lagi sebelum ditamatkan. Ketiadaan beberapa watak utama dalam episod akhir ini terutamanya Danubroto, Sugiarto dan konco-konconya, Laras, Bi Inah, Ibu Dewi, Pak Hassan, kondisi Ronny dan kondisi Vera yang tidak diketahui dengan jelas telah meninggalkan tanda tanya kepada semua pemirsa (penonton).

Ronny dan Vera tidak mungkin akan berdiam diri bukan? Apakah tindakan kejam lain yang mungkin diambil oleh mereka. Bagaimana reaksi Danubroto? Adakah beliau akhirnya dengan ikhlas dapat menerima kehadiran Anggun dan juga anak angkatnya Abimanyu? Adakah Sophia dan kekasih barunya itu dapat melangsungkan perkahwinan? Apa pula yang berlaku kepada Laras dan keluarga anak asuhannya? Semuanya seperti suatu tanda tanya yang tidak berkesudahan…..

Bukankah lebih elok dan manis sekiranya episod penghabisan ini berakhir dalam keadaan semua watak-watak dan pemain-pemain utama berkumpul dalam sebuah keluarga yang besar berbanding hanya beberapa sahaja yang ada? - Lin Penang

Selain itu, kami juga berasa sedikit hairan kerana berdasarkan laman web Lenna Tan iaitu salah seorang pelakon dalam Sinetron TAWAKAL yang memegang watak “Zoya” iaitu isteri Haikal yang kejam, tertulis di situ jumlah episod TAWAKAL ialah 130 episod dan bukannya 111 episod seperti yang telah ditayangkan di Astro Aruna versi Malaysia.

TAWAKAL ( INDOSIAR ) - 130 episode

Sinetron ramadhan

Berperan sebagai Zoya yang gila harta,untuk mencapai ambisinya Zoya dibantu oleh adiknya Gery (Atoy), ingin memperebutkan harta mantan suaminya Haikal (Rendy Bragi) seorang dokter. Haikal membantu seorang perempuan yang sedang hamil dan mempekerjakannya sebagai asisten yaitu Anggun (Tia Ivanka) yang kabur dari suaminya karena tidak direstui keluarga Aldo.

Sila rujuk di sini: www.lennatan.com

Laman web di atas masih lagi dalam proses pembikinan dan anda mungkin mengalami sedikit kesukaran untuk mengaksesnya dalam tempoh terdekat ini.

Sila tinggalkan komen dan pendapat anda mengenai hal ini sekiranya ada……..

Beberapa episod TAWAKAL yang sempat dirakam akan mula ditayangkan di Youtube melalui kerjasama warga Adi Firansyah.Com selepas pelancaran laman web Adi Firansyah.Com secara rasminya pada 23 DISEMBER 2007.

Semoga bertemu lagi pada 23 DISEMBER 2007 ini.

Sekian, Terima Kasih.

Daripada,

Adi Firansyah.Com

P/S: Terima Kasih diucapkan kepada salah seorang Ahli Adi Firansyah.Com, iaitu Lin Penang di atas semua informasi yang telah diberikan. Terima kasih juga kerana sanggup meluangkan masa untuk memaklumkan perkembangan terkini Sinetron Tawakal ini.

Diharapkan semua peminat Almarhum Adi Firansyah yang telah meninggalkan komen dan pendapat di Adi Firansyah.Com dapat menunggu sehingga 23 Disember 2007 ini untuk mendapat maklum balas. Semua komen, pendapat dan e-mel yang dihantar telah pun dibaca dan disemak oleh pihak kami. Cuma masa sahaja tidak mengizinkan kami memberi respons kepada anda. Kami memohon maaf di atas segala kesulitan yang mungkin timbul akibat daripada penangguhan ini.

Share/Save/Bookmark

Masanya Untuk Kami Berehat Seketika…..

Ditulis pada October 8th, 2007 | Ditulis Oleh Ahli Adi Firansyah.Com Bersatu

Setelah berhempas-pulas selama hampir 2 bulan, kini pihak Adi Firansyah.Com memohon untuk mengundur diri buat sementara waktu daripada dunia Internet. Sehubungan dengan itu, semua komen dan e-mel yang ditulis bermula hari KHAMIS (11/10/2007) akan disimpan di dalam sistem kami sebelum dipaparkan semula pada 23 Disember 2007 ini iaitu pada hari pelancaran laman web ini secara rasminya.

Semua komen dan e-mel yang dihantar kepada Adi Firansyah.Com berkemungkinan besar tidak akan dibalas sehinggalah 23 Disember 2007 ini. Hal ini terpaksa dilakukan atas sebab-sebab dalaman yang tidak dapat dielakkan dan untuk memberi laluan kepada kebanyakan Ahli Laman Web Adi Firansyah.Com yang sedang menumpukan perhatian kepada peperiksaan penting.

Oleh itu, diharapkan anda tidak melupakan laman web Adi Firansyah.Com ini kerana kami hanya berehat sehingga 23 Disember 2007 ini sahaja demi memberi laluan kepada mereka yang terlibat dalam peperiksaan-peperiksaan penting….. ;-)

Kepada peminat-peminat setia Arwah Adi Firansyah yang telah banyak memberikan komen di Adi Firansyah.Com, semoga anda terus menyokong kami kerana anda adalah sumber kekuatan kami untuk terus mengangkat nama dan martabat Arwah Adi Firansyah. Tanpa anda, laman web ini tidak memberi makna apa-apa kerana Adi Firansyah.Com dicipta oleh peminat untuk peminat……

Setelah berbagai-bagai aktiviti dianjurkan, kami pasti Arwah Adi Firansyah berasa sangat gembira di atas segala usaha kita bersama. Walaubagaimana sekalipun, RASA TERKILAN kami sentiasa menebal dan tak mungkin hilang sampai bila-bila. Kami berasa sangat-sangat terkilan kerana Arwah Adi Firansyah tidak dapat menyaksikan semua yang telah kita lakukan kerana beliau telah pergi terlebih dahulu daripada kita semua……

Antara projek-projek (projects) yang dijangka akan dilaksanakan bermula 23 Disember 2007 ini ialah:

1) Projek Biodata Adi Firansyah

2) Projek Galeri Adi Firansyah

3) Projek Koleksi Drama (Sinetron) Adi Firansyah

4) Projek Lawatan Mengenang Arwah Adi Firansyah di Indonesia

5) Kempen (Campaign) 1000 Video Tentang Arwah Adi Firansyah Di Internet

Dan banyak lagi yang masih dalam perancangan…….

Sekian untuk makluman semua peminat Adi Firansyah.Com. Doakan kejayaan kami dalam setiap yang kami lakukan….

P/s: Jika anda tetap mahu berkomunikasi sesama sendiri (sesama peminat) tentang Arwah Adi Firansyah, anda boleh gunakan Chat Box luaran kami di SINI

Share/Save/Bookmark

Selamat Menyambut Hari Lebaran

Ditulis pada October 8th, 2007 | Ditulis Oleh Ahli Adi Firansyah.Com Bersatu

hari raya aidilfitri

Kurang dari seminggu lagi, umat Islam di seluruh dunia bakal menyambut Hari Lebaran. Sememangnya ramai yang sedang menanti-nanti hari yang datang hanya setahun sekali ini. Ayah, Ibu, Abang, Kakak malahan Adik sibuk membuat berbagai-bagai persiapan demi menyambut hari yang penuh kebahagiaan ini.

Walau bagaimanapun, tidak semua daripada kita yang menyambut Hari Lebaran dengan penuh kebahagiaan. Mereka yang telah kehilangan insan-insan yang tersayang pasti akan merasa bibit-bibit kepahitan dalam menyambut Hari Lebaran ini. Jika Hari Lebaran tahun-tahun sebelumnya kita bersama mereka, namun tahun ini, yang tinggal hanya memori dan kenangan indah sahaja.

Semoga roh mereka yang telah pergi berada dalam ketenangan dan kedamaian atas kehendak-Nya…. Amin

Sambungan seterusnya…….

Share/Save/Bookmark

Yang Pergi Tidak Akan Kembali Lagi buat Selama-lamanya

Ditulis pada October 3rd, 2007 | Ditulis Oleh Ahli Adi Firansyah.Com Bersatu

candles

Pada hari ini, 3 Oktober 2007, genaplah sudah satu minggu Hari Ulang Tahun Arwah Adi Firansyah berlalu. Berbagai-bagai komen telah diterima daripada semua peminat Adi Firansyah yang terdiri daripada pelbagai latar belakang. Tidak kira yang muda mahu pun tua, semuanya telah sama-sama berkongsi ucapan, komen dan kata-kata masing-masing.

Tentu sekali tidak pernah terlintas di sanubari dan fikiran Arwah Adi Firansyah semasa hidupnya bahawa beliau begitu disayangi oleh ramai insan hinggakan sehingga hari ini pun (sudah 10 bulan berlalu) beliau masih tetap utuh dan kukuh bersemadi dalam hati setiap peminatnya.

Namun begitu, Arwah Adi Firansyah sudah tiada lagi di dunia ini untuk melihat dan membaca ucapan dan luahan hati kita semua. Memang sedih dan sangat memilukan memikirkan hal ini. Tetapi, sebagai seorang Muslim yang beriman, kita haruslah menerima apa saja ketentuan qada’ dan qadar daripada-Nya. Sama ada yang baik mahu pun yang buruk.

Ingin sekali kami memetik beberapa potong terjemahan surah Al-Quran:

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.” (Surah Al-Ankabut, ayat 2-3)

“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” (Surah Al-Baqarah, ayat 286)

“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman.” (Surah Ali ‘Imran, ayat 139)

“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka…” (Surah At-Taubah, ayat 111)

“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakal.” (Surah At-Taubah, ayat 129)

“… dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tidak ada yang berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.” (Surah Yusuf, ayat 12)

Yang Pergi Tidak Akan Kembali Lagi buat Selama-lamanya……… Yang pergi tetap pergi, biarlah Arwah tenang di sana.

Yang penting, pengajaran haruslah diambil oleh semua pihak. Lebih-lebih lagi Hari Lebaran sudah semakin menghampiri. Tentu ramai yang berpusu-pusu pulang ke kampung untuk meraikan hari kemenangan bersama-sama insan tersayang. Walau bagaimanapun, saban tahun kita pasti akan terdengar kisah-kisah kemalangan penuh tragis dan menyayat hati. Walaupun pelbagai langkah telah diambil, namun kemalangan seolah-olah tetap tidak dapat dielakkan…

Kenapa hal ini berlaku? Adakah disebabkan kecuaian manusia? atau masalah kenderaan itu sendiri….

Oleh itu, Pandulah dengan berhati-hati semasa di jalan raya. Ingat! Kereta yang hancur remuk boleh dibeli lain tetapi NYAWA YANG MELAYANG TIDAK MUNGKIN DAPAT DICARI GANTI………. Ingatlah orang yang kita sayang, jangan biarkan mereka menangisi pemergian kita di hari yang penuh bermakna ini…..

adi firansyah

Kepada Arwah Adi Firansyah, Kami semua telah memberikan yang terbaik demi kesejahteraan anda di alam sana. Semoga engkau damai bersemadi dan semoga Allah melapangkan kuburmu seluas-luasnya hingga sejauh mata memandang dan ditiupkan bau-bauan dari Syurga Jannatul Firdaus. AMIN

Ikhlas Daripada:

Adi Firansyah.Com

Share/Save/Bookmark