Ku Kenang Dirimu Dalam Doaku
Ini ialah ucapan yang disumbangkan oleh Bedah38 melalui e-mel kepada Adi Firansyah.Com. Kepada Bedah38, terima kasih diucapkan.

Ku Kenang Dirimu Dalam Doaku
Sebagai peminat Adi Firansyah saya memang agak terkilan bila mengetahui orang yang baru saya ingin kenali dan minati rupa-rupanya telah pergi buat selama-lamanya. Memang berat dan pedih hati ini untuk menerimanya tetapi itulah hakikat sebuah kehidupan. Setiap yang hidup pasti akan mati. Saya percaya Arwah Adi Firansyah merupakan seorang yang pemurah dan baik hati.
Semoga rohnya Adi Firansyah diterima disisinya dan di tempatkan di tempat orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Lakonan mu yang bersahaja telah berjaya menambat hati semua peminat-peminatmu… apapun senyuman manismu itu akan sentiasa kami kenang dan akan kekal di sanubari ini sampai bila-bila… biarpun jasadmu telah tiada.
Semoga kau akan tenang di alam sana dan bersemadi dengan kedamaian…. AMIN…. apa pun kau tetap ‘LELAKI INI’ dihatiku.
Terima kasih banyak-banyak kepada pihak Admin… semoga usaha kalian akan diberkati oleh Allah yang maha esa… AMIN
Daripada: Bedah38
*Bedah38 ialah salah seorang ahli Adi Firansyah.Com yang kini sedang bekerja sambil belajar di salah sebuah universiti di Malaysia
**Kepada yang berminat untuk menghantar sebarang ucapan mengenai Arwah Adi Firansyah, Anda boleh berbuat demikian dengan menghantarkannya kepada kami melalui e-mel. Terima Kasih.








