Feed

Adi Firansyah Adi Firansyah Adi Firansyah Adi Firansyah Adi Firansyah Adi Firansyah Adi Firansyah Adi Firansyah Adi Firansyah Adi Firansyah Adi Firansyah

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PEMINAT ARWAH ADI FIRANSYAH

Ditulis pada April 8th, 2008 | Ditulis Oleh Ahli Adi Firansyah.Com Bersatu

Adi Firansyah.Com telah mula kembali beroperasi seperti biasa setelah sekian lama berhenti kerana timbul beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan.

Kami mengucapkan berbanyak-banyak TERIMA KASIH kepada semua peminat Arwah Adi Firansyah yang telah meninggalkan komen di laman web ini.

Sokongan anda amat dihargai. Terima kasih sekali lagi.

Daripada:

ADI FIRANSYAH.COM

Share/Save/Bookmark

Drama / Sinetron Lakonan Arwah Adi Firansyah Yang Telah Ditayangkan Astro

Ditulis pada February 10th, 2008 | Ditulis Oleh Ahli Adi Firansyah.Com Bersatu

astro malaysia

Adi Firansyah.Com percaya semua peminat Arwah Adi Firansyah pasti sangat berterima kasih dengan pihak Astro Malaysia kerana sejak kebelakangan ini telah menayangkan banyak sinetron lakonan Almarhum Adi Firansyah.

Selepas satu sinetron lakonan Arwah Adi Firansyah ditayangkan, menyusul pula sinetron arwah yang baru. Semuanya serba silih berganti. Sesungguhnya kami sangat berterima kasih dengan pihak Astro.

Antara sinetron yang telah dan sedang ditayangkan termasuklah:

  1. Tawakal - TELAH DITAYANGKAN
  2. Satu Hati Satu Cinta - TELAH DITAYANGKAN
  3. Kepala Keluarga - TELAH DITAYANGKAN
  4. Gue Oke Situ Oke - TELAH DITAYANGKAN

Sila semak buku panduan siaran Astro untuk maklumat lanjut. Di sini saya turut menyertakan e-mel mengenai jadual tayangan sinetron di ASTRO ARUNA. E-mel ini telah dihantar oleh Ahli Adi Firansyah.Com, Julia dan Bedah38.

Di sini juga Julia mengambil kesempatan untuk memaklumkan bahawa ada 2 Sinetron Ulangan lakonan Arwah Adi mula ditayangkan pada January ini, iaitu Sinetron ‘Satu Hati Satu Cinta’ telah mula ditayangkan kembali setiap hari Sabtu dan Ahad, jam 12.00 am dan 1.00 pm dan ‘Kepala Keluarga’ yang mula ditayangkan pada hari Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 am.

-JULIA

Apa khabar?… di harapkan semuanya sihat. Di sini saya ingin memberitahu sekarang ini telah ditayangkan drama terbaru Arwah Adi yang berjodol ‘Gue Oke Situ Oke’…. drama ini telah ditayangkan setiap isnin hingga jumaat. Drama ini jgk di siarkan sebanyak 3 kali iaitu pukul 8.00 pagi, 5 ptg dan 9 mlm.

-BEDAH 38

Kepada pihak ASTRO, Terima kasih yang tidak terhingga kami ucapkan kerana telah menayangkan semua sinetron-sinetron ini…..

Antara sinetron-sinetron lain lakonan Almarhum Adi Firansyah ialah:

• Satu Diantara Sejuta
• Sahabat Sejati
• Gebetan Baru
• Gengsi Gede-gedean
• Ego/Kalau Cinta Sudah Bicara
• Dari Lubuk Hatiku
• Anggun
• Orang Ketiga
• Aku Cemburu
• Jangan Bilang Benci
• Habibi dan Habibah
• Cinta 2020

Share/Save/Bookmark

ADI FIRANSYAH.COM TELAH DILANCARKAN SECARA RASMI

Ditulis pada January 1st, 2008 | Ditulis Oleh Ahli Adi Firansyah.Com Bersatu

ADI FIRANSYAH.COM TELAH DILANCARKAN SECARA RASMI!!!

Pada hari ini, 1 JANUARI 2008, Adi Firansyah.Com telah mula dilancarkan secara rasmi. Hal ini bermakna, semua projek yang telah tertangguh sebelum ini akan mula disambung semula. Semua komen dan e-mel yang telah disimpan sama ada berbentuk pertanyaan atau persoalan telah mula dijawab.

Walaupun pelancaran rasmi Adi Firansyah.Com agak terjejas dengan kehadiran golongan yang tidak bertanggungjawab dalam dunia Internet. Namun, itu tidak seharusnya menjejaskan tujuan dan matlamat utama penubuhan Adi Firansyah.Com iaitu memartabatkan Arwah Adi Firansyah dalam dunia semasa.

Walau bagaimanapun, hendaklah diingat bahawa LAMAN WEB ADI FIRANSYAH.COM BUKAN LAMAN WEB RASMI ALMARHUM ADI FIRANSYAH. Pasti ada yang berasa aneh dan hairan kenapa kami mengatakan sedemikian. Sebenarnya untuk sesebuah laman web itu untuk diiktiraf sebagai RASMI, laman web itu hendaklah mendapat pengesahan daripada pihak-pihak yang berkenaan terlebih dahulu.

Bagi laman web Adi Firansyah.Com, disebabkan Almarhum Adi Firansyah sudah tiada dan kemungkinan besar kontrak antara almarhum dan syarikat beliau sudah terbatal, kami beranggapan KELUARGA ALMARHUM ADI FIRANSYAH ialah satu-satunya entiti yang boleh mengiktiraf Adi Firansyah.Com sebagai rasmi.

Selagi keluarga ALMARHUM ADI FIRANSYAH tidak mengiktiraf (approve) laman web ini, selagi itulah laman web ini akan terus kekal sebagai TIDAK RASMI. Pelancaran rasmi yang kami maksudkan di sini ialah segala perancangan dan aktiviti akan mula dijalankan semula, bukan bermaksud laman ini mendapat “STATUS RASMI (OFFICIAL)”

Laman web ini akan terus berusaha memartabatkan Almarhum Adi Firansyah walaupun belum diiktiraf secara rasmi.

Buat masa ini pihak Adi Firansyah.Com masih belum menghubungi keluarga Almarhum Adi Firansyah untuk tujuan ini. Insyaallah di masa-masa akan datang sekiranya kami mempunyai kesempatan dan mendapat maklumat berkaitan, kami akan menghubungi mereka.

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2008. SEMOGA TAHUN 2008 INI MENJADI SATU LAGI TAHUN YANG PALING INDAH DALAM HIDUP ANDA.

Yang Benar,

ADI FIRANSYAH.COM

Share/Save/Bookmark

Mengenali Arwah Mohamad Azqi

Ditulis pada December 29th, 2007 | Ditulis Oleh Ahli Adi Firansyah.Com Bersatu

Siapakah Mohamad Azqi? Dalam kisah-kisah yang telah dipaparkan sebelum ini, kami menggunakan nama Mohamad Aliff. Sebenarnya yang telah berlanggar dengan Arwah Adi Firansyah bukan kanak-kanak yang bernama Mohamad Aliff tetapi Mohamad Azqi. Terima kasih diucapkan kepada Puan Herti kerana membetulkan kesalahfahaman ini di samping sudi membenarkan Adi Firansyah.Com menggunakan artikel tulisan beliau untuk dipaparkan di laman web ini.

Artikel ini ialah terjemahan daripada artikel tulisan Puan Herti dalam Bahasa Indonesia. Untuk melihat artikel asal, sila ke laman web beliau.

Mohamad Azqi

Sebuah Memori Untuk Mohamad Azqi

Azqi, seorang anak yang riang, cerdas, dan mempunyai rasa ingin tahu yang tinggi. Lihat gambarnya. Dia berdiri di lokomotif kereta api dengan memakai jam tangan hitam. Saya sering tak terjawab segala pertanyaannya. Suatu hari dia pernah bertanya.

“ Cikgu herti, pembantu cikgu ada berapa?”
“ Saya tidak ada pembantu “ jawab saya
“ Kenapa tidak ada? Siapa yang mencuci baju?’
“ Saya mencuci sendiri?”
“Sendiri cikgu? “
“ Cikgu pergi ke sekolah naik apa?”
“Naik beca”
“ Naik beca…?”

Azqi tidak pernah berhenti bertanya. Terus dan terus. Dia anggap semua orang sama seperti dia, pergi ke sekolah dihantar dengan kereta dan pemandu peribadi. Dulu, Hampir setiap hari saya harus mendengar kata-kata ini

“ Cikgu… Azqi mematahkan pensil aku “
“ Cikgu, Tadi Azqi memukul aku “
“ Pembarisku dipatahkan oleh Azqi “

Atau tiba-tiba saja ada yang menangis

“ Diganggu sama Azqi….”

Perlahan-lahan saya mendekati Azqi. Tidak ada sinar kekerasan di matanya. Justeru sebaliknya, matanya sendu dan menyimpan kesedihan.

“Azqi, kamu kenapa?”

Itu selalu pertanyaan awal saya

Saya berusaha mengenalpasti, mengapa Azqi sering melakukan kekasaran.

Azqi tidak mahu markah hasil kerjanya di bawah 10. Saya sering terjumpa robekan kertas jika hasil kerjanya tidak sempurna. Padahal Emak Azqi, sangat memberi perhatian. Dia rajin bertanya keadaan sang anak. Saya tabik padanya. Tapi entah kenapa, perilaku kasar Azqi sulit untuk dihentikan. Memang ada perbezaan cara mendidik anak antara ayah dan ibunya. Perlahan-lahan saya amati hobi Azqi. Dia peminat Valentino Rossi, sering kali dia menggantikan namanya menjadi Valentino Azqi. Dia juga suka muzik, seperti Peter Pan dan Samsons.

Mohamad Azqi

Saya sama sekali tidak menyalahkan Azqi kerana perilakunya. Dia masih kecil, saya hanya ingin tahu, hal apakah yang membuat dia menjadi sangat kasar. Apakah tayangan televisyen seperti Smackdown (Gusti). Teori psikologi anak membezakan antara pelaku dan perilaku. Jadi, jangan menilai bahawa si anak jahat, nakal, kasar. Katakan bahawa “Anak soleh, tidak boleh nakal“. Jika dilihat kepada Azqi. Memang, jika sekadar teori tanpa kesabaran tidak ada hasilnya.

Saya pernah tidak tahan dan mengatakan bahawa jika dia terus menyakiti rakan-rakannya, dia akan masuk penjara seperti kes jenayah Raju (nama penjenayah). Tapi ternyata dia tidak takut. Dia memberitahu kalau di dunia
ini tidak ada yang sayang padanya. Lalu saya membawanya keluar. Waktu itu saya bingung apa yang harus dibuat. Tiba-tiba saja dia bercerita sambil menangis.

Dan dia menceritakan semua isi hatinya pada saya. Entah kenapa, saya yang saat itu benar-benar kesal, menjadi ingin menangis juga. Saya peluk dia dan saya beritahu bahawa banyak orang yang mencintai dia, apatah lagi saya. Saya tidak boleh menceritakan semuanya di sini. Terlalu banyak kenangan saya bersama Azqi. Sampai pada suatu hari, saya mendengar khabar bahawa dia meninggal kerana kemalangan dengan artis Arwah Adi Firansyah.

Saya benar-benar terkejut. Bagaimana mungkin si kecil Azqi boleh menaiki motosikal terlalu jauh. Lalu saya teringat cita-citanya untuk menjadi pelumba seperti Valentino Rossi. Hari itu, ibunya memang berasa kehilangan. Azqi diajak rakan-rakannya bermain di luar kompleks. Padahal setahu saya, ke mana-mana dia pergi pasti akan dihantar. Azqi memang sudah boleh naik motosikal sejak darjah satu. Ibunya berkata, Azqi hanya boleh keluar di sekeliling kompleks sahaja.

Badan Azqi memang besar, tegap dan kuat. Mungkin dia memang perlu membuat sesuatu untuk menyalurkan tenaganya yang berlebihan. Saya mempunyai niat untuk menyarankan Azqi untuk ikut bermain pancaragam. Mungkin kalau dia ikut, dia tidak akan memukul rakan-rakannya lagi. Tapi saya telah terburu-buru berpindah dari sekolah Azqi. Disaat-saat akhirnya, Azqi jarang datang. Padahal saya ingin sekali bercakap dengan dia. Sekarang, Azqi sudah tenang di sana. Allah lebih sayang kepadanya, dia dipanggil begitu cepat. Membawa semua kenangan saya bersamanya………….

P/S: Kepada Puah Herti, terima kasih atas artikel ini. Semoga Arwah Mohamad Azqi dan Arwah Adi Firansyah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman di sisi Allah S.W.T. Amin………

Untuk gambar yang bersaiz lebih besar sila klik di SINI dan SINI

Share/Save/Bookmark

Maklumat Tambahan 2: Sinetron baru lakonan Almarhum Adi Firansyah akan ditayangkan di Astro Aruna

Ditulis pada November 30th, 2007 | Ditulis Oleh Ahli Adi Firansyah.Com Bersatu

Pada 3 DISEMBER 2007 ini, sebuah lagi sinetron terbaru lakonan Arwah Adi Firansyah akan mula ditayangkan di Astro Aruna (Saluran 121).

Ini adalah satu kejayaan bagi semua peminat Adi Firansyah kerana pihak Astro telah sekali lagi menunaikan permintaan kita.

Sinetron yang berjudul “GENGSI GEDE-GEDEAN” ini akan mula ditayangkan pada pukul 4.00 PM pada hari Isnin, 3 Disember 2007.

Sehubungan dengan ini, diharapkan semua peminat Almarhum Adi Firansyah tidak melepaskan peluang keemasan ini. Mari kita bersama-sama menaikkan rating rancangan ini dan seterusnya membantu melobi pihak Astro untuk menayangkan lebih banyak lagi sinetron lakonan Almarhum seperti:

• Satu Diantara Sejuta
• Sahabat Sejati
• Gebetan Baru
• Kepala Keluarga
• Ego/Kalau Cinta Sudah Bicara
• Dari Lubuk Hatiku
• Anggun
• Orang Ketiga
• Aku Cemburu
• Jangan Bilang Benci
• Habibi dan Habibah
• Gue Oke Situ Oke
• Cinta 2020

Sekian, Terima Kasih.

Adi Firansyah.Com

P/S: Terima Kasih diucapkan kepada salah seorang Penyokong Setia Adi Firansyah.Com, iaitu Ann Shirley di atas semua informasi yang telah diberikan. Terima kasih juga kerana sanggup meluangkan masa untuk memaklumkan perkembangan terkini sinetron-sinetron Almarhum Adi Firansyah di kaca televisyen.

Walau bagaimanapun, Pelakon sebenar sinetron ini masih tidak dapat dikenal pasti kerana terdapat banyak versi Sinetron Gengsi Gede-gedean yang telah dihasilkan. Namun, adalah diharapkan sinetron yang bakal ditayangkan ini memang lakonan Almarhum Adi Firansyah.

Diharapkan semua peminat Almarhum Adi Firansyah yang telah meninggalkan komen dan pendapat di Adi Firansyah.Com dapat menunggu sehingga 23 Disember 2007 ini untuk mendapat maklum balas. Semua komen, pendapat dan e-mel yang dihantar telah pun dibaca dan disemak oleh pihak kami. Cuma masa sahaja tidak mengizinkan kami memberi respons kepada anda. Kami memohon maaf di atas segala kesulitan yang mungkin timbul akibat daripada penangguhan ini.

Share/Save/Bookmark

Maklumat Tambahan: Sinetron baru lakonan Almarhum Adi Firansyah akan ditayangkan di Astro Aruna

Ditulis pada November 2nd, 2007 | Ditulis Oleh Ahli Adi Firansyah.Com Bersatu

Pada 26 NOVEMBER 2007 ini, sebuah lagi sinetron baru akan mula ditayangkan di Astro Aruna.

Sinetron yang berjudul “SATU HATI SATU CINTA” ini akan mula ditayangkan pada pukul 8.00 PM pada hari Isnin, 26 November 2007.

Anda boleh merujuk buku “Astro Guide” keluaran NOVEMBER 2007 di muka surat 64 untuk maklumat lanjut.

Sehubungan dengan ini, diharapkan semua peminat Almarhum Adi Firansyah tidak melepaskan peluang keemasan ini. Mari kita bersama-sama menaikkan rating rancangan ini dan seterusnya membantu melobi pihak Astro untuk menayangkan lebih banyak lagi sinetron lakonan Almarhum seperti:

• Satu Diantara Sejuta
• Sahabat Sejati
• Gebetan Baru
• Gengsi Gede-gedean
• Kepala Keluarga
• Ego/Kalau Cinta Sudah Bicara
• Dari Lubuk Hatiku
• Satu Hati Satu Cinta
• Anggun
• Orang Ketiga
• Aku Cemburu
• Jangan Bilang Benci
• Habibi dan Habibah
• Gue Oke Situ Oke
• Cinta 2020

Sekian, Terima Kasih.

Adi Firansyah.Com

P/S: Terima Kasih diucapkan kepada salah seorang Ahli Adi Firansyah.Com, iaitu Bedah38 di atas semua informasi yang telah diberikan. Terima kasih juga kerana sanggup meluangkan masa untuk memaklumkan perkembangan terkini sinetron-sinetron Almarhum Adi Firansyah di kaca televisyen.

Selain itu, Kami ada menerima maklumat mengenai Sinetron Anggun yang ditayangkan di RTM Malaysia. Malangnya sinetron itu bukanlah sinetron yang sama sperti yang telah dilakonkan oleh Almarhum.

Diharapkan semua peminat Almarhum Adi Firansyah yang telah meninggalkan komen dan pendapat di Adi Firansyah.Com dapat menunggu sehingga 23 Disember 2007 ini untuk mendapat maklum balas. Semua komen, pendapat dan e-mel yang dihantar telah pun dibaca dan disemak oleh pihak kami. Cuma masa sahaja tidak mengizinkan kami memberi respons kepada anda. Kami memohon maaf di atas segala kesulitan yang mungkin timbul akibat daripada penangguhan ini.

Share/Save/Bookmark

Maklumat Tambahan: Sinetron Tawakal Secara Rasminya Berakhir Hari Ini

Ditulis pada October 31st, 2007 | Ditulis Oleh Ahli Adi Firansyah.Com Bersatu

VIDEO PEMBUKAAN SINETRON TAWAKAL

VIDEO PENUTUP SINETRON TAWAKAL

Kami daripada Adi Firansyah.Com dengan penuh dukacitanya mengumumkan bahawa Sinetron TAWAKAL telah berakhir secara rasminya pada hari ini 31 OKTOBER 2007 di saluran Astro Aruna. Sinetron yang telah memperkenalkan sebahagian besar daripada kita semua terutamanya warga Malaysia dan Brunei dengan Almarhum Adi Firansyah ini berakhir dalam episod ke-111.

Seperti yang dijangkakan, Aldo (Almarhum Adi Firansyah) telah kembali bersatu dengan Anggun (Tia Ivanka) di saat-saat akhir selepas kematian Haikal (Rendy Bragi) yang tragis dalam kemalangan jalan raya.

Pengakhiran sinetron ini walau bagaimanapun dianggap “kurang memuaskan” kerana sepatutnya episod terakhir ini boleh dipanjangkan ke beberapa episod lagi sebelum ditamatkan. Ketiadaan beberapa watak utama dalam episod akhir ini terutamanya Danubroto, Sugiarto dan konco-konconya, Laras, Bi Inah, Ibu Dewi, Pak Hassan, kondisi Ronny dan kondisi Vera yang tidak diketahui dengan jelas telah meninggalkan tanda tanya kepada semua pemirsa (penonton).

Ronny dan Vera tidak mungkin akan berdiam diri bukan? Apakah tindakan kejam lain yang mungkin diambil oleh mereka. Bagaimana reaksi Danubroto? Adakah beliau akhirnya dengan ikhlas dapat menerima kehadiran Anggun dan juga anak angkatnya Abimanyu? Adakah Sophia dan kekasih barunya itu dapat melangsungkan perkahwinan? Apa pula yang berlaku kepada Laras dan keluarga anak asuhannya? Semuanya seperti suatu tanda tanya yang tidak berkesudahan…..

Bukankah lebih elok dan manis sekiranya episod penghabisan ini berakhir dalam keadaan semua watak-watak dan pemain-pemain utama berkumpul dalam sebuah keluarga yang besar berbanding hanya beberapa sahaja yang ada? - Lin Penang

Selain itu, kami juga berasa sedikit hairan kerana berdasarkan laman web Lenna Tan iaitu salah seorang pelakon dalam Sinetron TAWAKAL yang memegang watak “Zoya” iaitu isteri Haikal yang kejam, tertulis di situ jumlah episod TAWAKAL ialah 130 episod dan bukannya 111 episod seperti yang telah ditayangkan di Astro Aruna versi Malaysia.

TAWAKAL ( INDOSIAR ) - 130 episode

Sinetron ramadhan

Berperan sebagai Zoya yang gila harta,untuk mencapai ambisinya Zoya dibantu oleh adiknya Gery (Atoy), ingin memperebutkan harta mantan suaminya Haikal (Rendy Bragi) seorang dokter. Haikal membantu seorang perempuan yang sedang hamil dan mempekerjakannya sebagai asisten yaitu Anggun (Tia Ivanka) yang kabur dari suaminya karena tidak direstui keluarga Aldo.

Sila rujuk di sini: www.lennatan.com

Laman web di atas masih lagi dalam proses pembikinan dan anda mungkin mengalami sedikit kesukaran untuk mengaksesnya dalam tempoh terdekat ini.

Sila tinggalkan komen dan pendapat anda mengenai hal ini sekiranya ada……..

Beberapa episod TAWAKAL yang sempat dirakam akan mula ditayangkan di Youtube melalui kerjasama warga Adi Firansyah.Com selepas pelancaran laman web Adi Firansyah.Com secara rasminya pada 23 DISEMBER 2007.

Semoga bertemu lagi pada 23 DISEMBER 2007 ini.

Sekian, Terima Kasih.

Daripada,

Adi Firansyah.Com

P/S: Terima Kasih diucapkan kepada salah seorang Ahli Adi Firansyah.Com, iaitu Lin Penang di atas semua informasi yang telah diberikan. Terima kasih juga kerana sanggup meluangkan masa untuk memaklumkan perkembangan terkini Sinetron Tawakal ini.

Diharapkan semua peminat Almarhum Adi Firansyah yang telah meninggalkan komen dan pendapat di Adi Firansyah.Com dapat menunggu sehingga 23 Disember 2007 ini untuk mendapat maklum balas. Semua komen, pendapat dan e-mel yang dihantar telah pun dibaca dan disemak oleh pihak kami. Cuma masa sahaja tidak mengizinkan kami memberi respons kepada anda. Kami memohon maaf di atas segala kesulitan yang mungkin timbul akibat daripada penangguhan ini.

Share/Save/Bookmark

Masanya Untuk Kami Berehat Seketika…..

Ditulis pada October 8th, 2007 | Ditulis Oleh Ahli Adi Firansyah.Com Bersatu

Setelah berhempas-pulas selama hampir 2 bulan, kini pihak Adi Firansyah.Com memohon untuk mengundur diri buat sementara waktu daripada dunia Internet. Sehubungan dengan itu, semua komen dan e-mel yang ditulis bermula hari KHAMIS (11/10/2007) akan disimpan di dalam sistem kami sebelum dipaparkan semula pada 23 Disember 2007 ini iaitu pada hari pelancaran laman web ini secara rasminya.

Semua komen dan e-mel yang dihantar kepada Adi Firansyah.Com berkemungkinan besar tidak akan dibalas sehinggalah 23 Disember 2007 ini. Hal ini terpaksa dilakukan atas sebab-sebab dalaman yang tidak dapat dielakkan dan untuk memberi laluan kepada kebanyakan Ahli Laman Web Adi Firansyah.Com yang sedang menumpukan perhatian kepada peperiksaan penting.

Oleh itu, diharapkan anda tidak melupakan laman web Adi Firansyah.Com ini kerana kami hanya berehat sehingga 23 Disember 2007 ini sahaja demi memberi laluan kepada mereka yang terlibat dalam peperiksaan-peperiksaan penting….. ;-)

Kepada peminat-peminat setia Arwah Adi Firansyah yang telah banyak memberikan komen di Adi Firansyah.Com, semoga anda terus menyokong kami kerana anda adalah sumber kekuatan kami untuk terus mengangkat nama dan martabat Arwah Adi Firansyah. Tanpa anda, laman web ini tidak memberi makna apa-apa kerana Adi Firansyah.Com dicipta oleh peminat untuk peminat……

Setelah berbagai-bagai aktiviti dianjurkan, kami pasti Arwah Adi Firansyah berasa sangat gembira di atas segala usaha kita bersama. Walaubagaimana sekalipun, RASA TERKILAN kami sentiasa menebal dan tak mungkin hilang sampai bila-bila. Kami berasa sangat-sangat terkilan kerana Arwah Adi Firansyah tidak dapat menyaksikan semua yang telah kita lakukan kerana beliau telah pergi terlebih dahulu daripada kita semua……

Antara projek-projek (projects) yang dijangka akan dilaksanakan bermula 23 Disember 2007 ini ialah:

1) Projek Biodata Adi Firansyah

2) Projek Galeri Adi Firansyah

3) Projek Koleksi Drama (Sinetron) Adi Firansyah

4) Projek Lawatan Mengenang Arwah Adi Firansyah di Indonesia

5) Kempen (Campaign) 1000 Video Tentang Arwah Adi Firansyah Di Internet

Dan banyak lagi yang masih dalam perancangan…….

Sekian untuk makluman semua peminat Adi Firansyah.Com. Doakan kejayaan kami dalam setiap yang kami lakukan….

P/s: Jika anda tetap mahu berkomunikasi sesama sendiri (sesama peminat) tentang Arwah Adi Firansyah, anda boleh gunakan Chat Box luaran kami di SINI

Share/Save/Bookmark

Makluman Khas: Hari Ulang Tahun Arwah Adi Firansyah

Ditulis pada September 23rd, 2007 | Ditulis Oleh Ahli Adi Firansyah.Com Bersatu

adi firansyah

Pada 26 SEPTEMBER 2007 ini, Adi Firansyah.Com akan menganjurkan aktiviti bersama semua peminat Arwah Adi Firansyah.

Oleh itu, anda semua dijemput untuk melayari laman web ini di www.adifiransyah.com untuk melihat sambutan khas sempena Hari Ulang Tahun Arwah Adi Firansyah.

Pada tarikh 26 SEPTEMBER 2007, tepat pukul 12.00 Malam waktu Malaysia Adi Firansyah.Com akan melancarkan sebuah video khas sempena memperingati Arwah Adi Firansyah.

Antara aktiviti yang dijangka akan dijalankan pada tarikh tersebut ialah:

  1. Bacaan Yassin (Rujuk DISINI)
  2. Bacaan Al-Fatihah (Rujuk DISINI)
  3. Ucapan Khas Peminat

*Untuk Aktiviti Ucapan Khas Peminat, setiap peminat Arwah Adi Firansyah diseru meninggalkan komen anda di Adi Firansyah.Com. Setiap komen yang ditinggalkan akan dikumpul dan akan dipaparkan di Muka Depan laman web ini.

Share/Save/Bookmark

Bacaan Yassin Untuk Allahyarham/Almarhum Adi Firansyah

Ditulis pada September 14th, 2007 | Ditulis Oleh Ahli Adi Firansyah.Com Bersatu

adi firansyah

Adi Firansyah.Com dengan ini mengumumkan satu aktiviti bersama peminat Arwah Adi Firansyah.

Seperti yang kita tahu, bulan ini ialah bulan kelahiran Arwah Adi Firansyah. Oleh itu, pihak Adi Firansyah.Com dengan ini menganjurkan aktiviti “Bacaan Yassin Untuk Allahyarham/Almarhum Adi Firansyah

Pada 26 SEPTEMBER 2007, tepat pukul 11.00 MALAM. Semua peminat Arwah Adi Firansyah dimohon untuk membaca Surah Yassin untuk Arwah Adi Firansyah di rumah masing-masing. Seandainya anda tidak mampu melakukannya, kami mohon cukuplah sekadar menyedekahkan AL-FATIHAH kepada Arwah Adi Firansyah sekurang-kurangnya 10 Kali sebagai ganti kepada bacaan Surah Yassin itu.

Semoga Damailah Kamu Di Sana……. Sesungguhnya Kami Amat-amat Merinduimu………….

*Kami “memohon” dan bukan “meminta”. Oleh itu, biarlah semua ini dilakukan dengan IKHLAS….

Sekian, Terima Kasih

Daripada,

Adi Firansyah.Com

Share/Save/Bookmark