Feed

Adi Firansyah Adi Firansyah Adi Firansyah Adi Firansyah Adi Firansyah Adi Firansyah Adi Firansyah Adi Firansyah Adi Firansyah Adi Firansyah Adi Firansyah

Mengenali Arwah Mohamad Azqi

Ditulis pada December 29th, 2007 | Ditulis Oleh Ahli Adi Firansyah.Com Bersatu

Siapakah Mohamad Azqi? Dalam kisah-kisah yang telah dipaparkan sebelum ini, kami menggunakan nama Mohamad Aliff. Sebenarnya yang telah berlanggar dengan Arwah Adi Firansyah bukan kanak-kanak yang bernama Mohamad Aliff tetapi Mohamad Azqi. Terima kasih diucapkan kepada Puan Herti kerana membetulkan kesalahfahaman ini di samping sudi membenarkan Adi Firansyah.Com menggunakan artikel tulisan beliau untuk dipaparkan di laman web ini.

Artikel ini ialah terjemahan daripada artikel tulisan Puan Herti dalam Bahasa Indonesia. Untuk melihat artikel asal, sila ke laman web beliau.

Mohamad Azqi

Sebuah Memori Untuk Mohamad Azqi

Azqi, seorang anak yang riang, cerdas, dan mempunyai rasa ingin tahu yang tinggi. Lihat gambarnya. Dia berdiri di lokomotif kereta api dengan memakai jam tangan hitam. Saya sering tak terjawab segala pertanyaannya. Suatu hari dia pernah bertanya.

“ Cikgu herti, pembantu cikgu ada berapa?”
“ Saya tidak ada pembantu “ jawab saya
“ Kenapa tidak ada? Siapa yang mencuci baju?’
“ Saya mencuci sendiri?”
“Sendiri cikgu? “
“ Cikgu pergi ke sekolah naik apa?”
“Naik beca”
“ Naik beca…?”

Azqi tidak pernah berhenti bertanya. Terus dan terus. Dia anggap semua orang sama seperti dia, pergi ke sekolah dihantar dengan kereta dan pemandu peribadi. Dulu, Hampir setiap hari saya harus mendengar kata-kata ini

“ Cikgu… Azqi mematahkan pensil aku “
“ Cikgu, Tadi Azqi memukul aku “
“ Pembarisku dipatahkan oleh Azqi “

Atau tiba-tiba saja ada yang menangis

“ Diganggu sama Azqi….”

Perlahan-lahan saya mendekati Azqi. Tidak ada sinar kekerasan di matanya. Justeru sebaliknya, matanya sendu dan menyimpan kesedihan.

“Azqi, kamu kenapa?”

Itu selalu pertanyaan awal saya

Saya berusaha mengenalpasti, mengapa Azqi sering melakukan kekasaran.

Azqi tidak mahu markah hasil kerjanya di bawah 10. Saya sering terjumpa robekan kertas jika hasil kerjanya tidak sempurna. Padahal Emak Azqi, sangat memberi perhatian. Dia rajin bertanya keadaan sang anak. Saya tabik padanya. Tapi entah kenapa, perilaku kasar Azqi sulit untuk dihentikan. Memang ada perbezaan cara mendidik anak antara ayah dan ibunya. Perlahan-lahan saya amati hobi Azqi. Dia peminat Valentino Rossi, sering kali dia menggantikan namanya menjadi Valentino Azqi. Dia juga suka muzik, seperti Peter Pan dan Samsons.

Mohamad Azqi

Saya sama sekali tidak menyalahkan Azqi kerana perilakunya. Dia masih kecil, saya hanya ingin tahu, hal apakah yang membuat dia menjadi sangat kasar. Apakah tayangan televisyen seperti Smackdown (Gusti). Teori psikologi anak membezakan antara pelaku dan perilaku. Jadi, jangan menilai bahawa si anak jahat, nakal, kasar. Katakan bahawa “Anak soleh, tidak boleh nakal“. Jika dilihat kepada Azqi. Memang, jika sekadar teori tanpa kesabaran tidak ada hasilnya.

Saya pernah tidak tahan dan mengatakan bahawa jika dia terus menyakiti rakan-rakannya, dia akan masuk penjara seperti kes jenayah Raju (nama penjenayah). Tapi ternyata dia tidak takut. Dia memberitahu kalau di dunia
ini tidak ada yang sayang padanya. Lalu saya membawanya keluar. Waktu itu saya bingung apa yang harus dibuat. Tiba-tiba saja dia bercerita sambil menangis.

Dan dia menceritakan semua isi hatinya pada saya. Entah kenapa, saya yang saat itu benar-benar kesal, menjadi ingin menangis juga. Saya peluk dia dan saya beritahu bahawa banyak orang yang mencintai dia, apatah lagi saya. Saya tidak boleh menceritakan semuanya di sini. Terlalu banyak kenangan saya bersama Azqi. Sampai pada suatu hari, saya mendengar khabar bahawa dia meninggal kerana kemalangan dengan artis Arwah Adi Firansyah.

Saya benar-benar terkejut. Bagaimana mungkin si kecil Azqi boleh menaiki motosikal terlalu jauh. Lalu saya teringat cita-citanya untuk menjadi pelumba seperti Valentino Rossi. Hari itu, ibunya memang berasa kehilangan. Azqi diajak rakan-rakannya bermain di luar kompleks. Padahal setahu saya, ke mana-mana dia pergi pasti akan dihantar. Azqi memang sudah boleh naik motosikal sejak darjah satu. Ibunya berkata, Azqi hanya boleh keluar di sekeliling kompleks sahaja.

Badan Azqi memang besar, tegap dan kuat. Mungkin dia memang perlu membuat sesuatu untuk menyalurkan tenaganya yang berlebihan. Saya mempunyai niat untuk menyarankan Azqi untuk ikut bermain pancaragam. Mungkin kalau dia ikut, dia tidak akan memukul rakan-rakannya lagi. Tapi saya telah terburu-buru berpindah dari sekolah Azqi. Disaat-saat akhirnya, Azqi jarang datang. Padahal saya ingin sekali bercakap dengan dia. Sekarang, Azqi sudah tenang di sana. Allah lebih sayang kepadanya, dia dipanggil begitu cepat. Membawa semua kenangan saya bersamanya………….

P/S: Kepada Puah Herti, terima kasih atas artikel ini. Semoga Arwah Mohamad Azqi dan Arwah Adi Firansyah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman di sisi Allah S.W.T. Amin………

Untuk gambar yang bersaiz lebih besar sila klik di SINI dan SINI

Share/Save/Bookmark

Mengenang Satu Tahun Pemergian Arwah Adi Firansyah

Ditulis pada December 29th, 2007 | Ditulis Oleh Ahli Adi Firansyah.Com Bersatu

Adi Firansyah

Mungkin agak terlewat post ini ditulis, tetapi seperti yang anda sudah sedia maklum, Arwah Adi Firansyah telah meninggalkan kita semua hampir setahun yang lalu. Begitu banyak sekali kenangan dan memori yang ditinggalkannya. Senyum, tawa, tangisan dalam setiap sinetronnya begitu memberi kesan kepada sebahagian besar peminat Arwah Adi Firansyah.

Yang pergi tetap pergi dan ia tak mungkin akan kembali lagi. Yang pasti, tuhan telah menetapkan takdir yang beliau harus pergi meninggalkan kita walaupun kita kadang-kala tidak mahu menerima kenyataan ini. Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. Nama Adi Firansyah akan terus mekar dalam sanubari setiap daripada kita semua dan kami di sini akan terus menjayakan matlamat itu.

Melalui laman web Adi Firansyah.Com, kami sentiasa berusaha mengumpulkan segala maklumat yang ada mengenai beliau dengan harapan semua peminat Arwah Adi Firansyah dapat terus mengenali dan mengenang beliau sebagai insan yang memiliki karisma yang tersendiri. Tidak salah sekiranya kita membaca dan mengimbas semula kisah-kisah Arwah Adi Firansyah yang telah menjadi sejarah. Dari masa ke masa, bahan-bahan baru mengenai Arwah Adi Firansyah akan ditambah di samping beberapa projek akan dijalankan oleh Adi Firansyah.Com. Teruskan menyokong kami…..

Kisah Kemalangan Yang Telah Meragut Nyawa Arwah Adi Firansyah

Kisah Kemalangan Pertama

Kisah Kemalangan Kedua

Kisah Kemalangan Ketiga

Kisah Kemalangan Keempat

Kisah Kemalangan Kelima

Kisah Kemalangan Keenam

Kisah Kemalangan Ketujuh

Kisah Kemalangan Kelapan

Kisah Kemalangan Kesembilan

Kisah Kemalangan Kesepuluh

Kisah Kemalangan Kesebelas

Kisah Kemalangan Kedua belas

Koleksi Video Kehidupan Arwah Adi Firansyah

Adi Firansyah Dan Hobinya

Adi Firansyah Meninggal Dalam Kemalangan Motosikal

Arwah Adi Firansyah Berniat Menikahi Ussy Sulistyawati

Cara Adi Firansyah Menunggu Berbuka Puasa

Derita-Bahagia Sepanjang Tahun 2006

Ibu Adi Belum Dapat Menerima Pemergian Adi Firansyah

Ibu Adi Mencurigai Bekas Isteri Adi Firansyah

Kesibukan Artis Drama Indonesia Selepas Lebaran

Tommy Dan Zaskia Tidak Takut Kematian

Ussy Sulistyawati Bantah Mahu Bernikah Adi Firansyah

Share/Save/Bookmark

Yang Pergi Tidak Akan Kembali Lagi buat Selama-lamanya

Ditulis pada October 3rd, 2007 | Ditulis Oleh Ahli Adi Firansyah.Com Bersatu

candles

Pada hari ini, 3 Oktober 2007, genaplah sudah satu minggu Hari Ulang Tahun Arwah Adi Firansyah berlalu. Berbagai-bagai komen telah diterima daripada semua peminat Adi Firansyah yang terdiri daripada pelbagai latar belakang. Tidak kira yang muda mahu pun tua, semuanya telah sama-sama berkongsi ucapan, komen dan kata-kata masing-masing.

Tentu sekali tidak pernah terlintas di sanubari dan fikiran Arwah Adi Firansyah semasa hidupnya bahawa beliau begitu disayangi oleh ramai insan hinggakan sehingga hari ini pun (sudah 10 bulan berlalu) beliau masih tetap utuh dan kukuh bersemadi dalam hati setiap peminatnya.

Namun begitu, Arwah Adi Firansyah sudah tiada lagi di dunia ini untuk melihat dan membaca ucapan dan luahan hati kita semua. Memang sedih dan sangat memilukan memikirkan hal ini. Tetapi, sebagai seorang Muslim yang beriman, kita haruslah menerima apa saja ketentuan qada’ dan qadar daripada-Nya. Sama ada yang baik mahu pun yang buruk.

Ingin sekali kami memetik beberapa potong terjemahan surah Al-Quran:

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.” (Surah Al-Ankabut, ayat 2-3)

“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” (Surah Al-Baqarah, ayat 286)

“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman.” (Surah Ali ‘Imran, ayat 139)

“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka…” (Surah At-Taubah, ayat 111)

“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakal.” (Surah At-Taubah, ayat 129)

“… dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tidak ada yang berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.” (Surah Yusuf, ayat 12)

Yang Pergi Tidak Akan Kembali Lagi buat Selama-lamanya……… Yang pergi tetap pergi, biarlah Arwah tenang di sana.

Yang penting, pengajaran haruslah diambil oleh semua pihak. Lebih-lebih lagi Hari Lebaran sudah semakin menghampiri. Tentu ramai yang berpusu-pusu pulang ke kampung untuk meraikan hari kemenangan bersama-sama insan tersayang. Walau bagaimanapun, saban tahun kita pasti akan terdengar kisah-kisah kemalangan penuh tragis dan menyayat hati. Walaupun pelbagai langkah telah diambil, namun kemalangan seolah-olah tetap tidak dapat dielakkan…

Kenapa hal ini berlaku? Adakah disebabkan kecuaian manusia? atau masalah kenderaan itu sendiri….

Oleh itu, Pandulah dengan berhati-hati semasa di jalan raya. Ingat! Kereta yang hancur remuk boleh dibeli lain tetapi NYAWA YANG MELAYANG TIDAK MUNGKIN DAPAT DICARI GANTI………. Ingatlah orang yang kita sayang, jangan biarkan mereka menangisi pemergian kita di hari yang penuh bermakna ini…..

adi firansyah

Kepada Arwah Adi Firansyah, Kami semua telah memberikan yang terbaik demi kesejahteraan anda di alam sana. Semoga engkau damai bersemadi dan semoga Allah melapangkan kuburmu seluas-luasnya hingga sejauh mata memandang dan ditiupkan bau-bauan dari Syurga Jannatul Firdaus. AMIN

Ikhlas Daripada:

Adi Firansyah.Com

Share/Save/Bookmark

Adakah persamaan antara dua insan ini?

Ditulis pada September 19th, 2007 | Ditulis Oleh Ahli Adi Firansyah.Com Bersatu

Selepas memerhati dengan teliti antara dua insan ini….. Kami rasa macam ada suatu persamaan dari segi rupa paras mereka.

faizal juara akademi fantasia
FAIZAL AKADEMI FANTASIA
Adi Firansyah
ARWAH ADI FIRANSYAH

Share/Save/Bookmark

Drama Bersiri TAWAKAL - Adi Firansyah

Ditulis pada September 12th, 2007 | Ditulis Oleh Ahli Adi Firansyah.Com Bersatu

DRAMA BERSIRI TAWAKAL

Sempena bulan Ramadan yang penuh kemuliaan ini, pihak ASTRO telah merancang untuk menayangkan sebuah drama bersiri yang menjadikan Arwah Adi Firansyah sebagai bintang utamanya. Walau bagaimanapun, drama ini telah pun ditayangkan kira-kira sebulan yang lalu. Namun, tak rugi menontonnya sekarang. Kepada peminat Arwah, jangan lepaskan peluang ini.

Share/Save/Bookmark