Feed

Adi Firansyah Adi Firansyah Adi Firansyah Adi Firansyah Adi Firansyah Adi Firansyah Adi Firansyah Adi Firansyah Adi Firansyah Adi Firansyah Adi Firansyah

Koleksi Video Aku Cemburu 1

Ditulis pada May 21st, 2008 | Ditulis Oleh Ahli Adi Firansyah.Com Bersatu

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PEMINAT ARWAH ADI FIRANSYAH

Ditulis pada April 8th, 2008 | Ditulis Oleh Ahli Adi Firansyah.Com Bersatu

Adi Firansyah.Com telah mula kembali beroperasi seperti biasa setelah sekian lama berhenti kerana timbul beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan.

Kami mengucapkan berbanyak-banyak TERIMA KASIH kepada semua peminat Arwah Adi Firansyah yang telah meninggalkan komen di laman web ini.

Sokongan anda amat dihargai. Terima kasih sekali lagi.

Daripada:

ADI FIRANSYAH.COM

Share/Save/Bookmark

Galeri Gambar Arwah Adi Firansyah

Ditulis pada February 22nd, 2008 | Ditulis Oleh Ahli Adi Firansyah.Com Bersatu

Merujuk tajuk di atas, Adi Firansyah.Com dengan ini telah siap memuat naik semua gambar Arwah Adi Firansyah.

Semua gambar yang telah siap dimuat naik boleh dilihat di sini:

Galeri Gambar Arwah Adi Firansyah

  1. Galeri Adi Firansyah 1
  2. Galeri Adi Firansyah 2
  3. Galeri Adi Firansyah 3
  4. Galeri Adi Firansyah 4
  5. Galeri Adi Firansyah 5
  6. Galeri Adi Firansyah 6
  7. Galeri Adi Firansyah 7
  8. Galeri Adi Firansyah 8
  9. Galeri Adi Firansyah 9
  10. Galeri Adi Firansyah 10
  11. Galeri Adi Firansyah 11
  12. Galeri Adi Firansyah 12

Share/Save/Bookmark

Video Terbaru Dalam Koleksi Sinetron Adi Firansyah

Ditulis pada February 20th, 2008 | Ditulis Oleh Ahli Adi Firansyah.Com Bersatu

Sinetron Aku Cemburu

Kepada semua peminat Arwah Adi Firansyah yang saya hormati. Seperti yang telah dijanjikan sebelum ini,

Adi Firansyah.Com dengan ini telah selesai memuat naik koleksi video Aku Cemburu 3 lakonan Arwah Adi Firansyah.

Sinetron Aku Cemburu 3 ini adalah tidak sama dengan yang terdapat di Youtube.Com. Harap Maklum. Selamat menonton!

Video-video yang terdapat dalam Koleksi Sinetron Aku Cemburu ini ialah:

Aku Cemburu 3

  1. Aku Cemburu 3 (1)
  2. Aku Cemburu 3 (2)
  3. Aku Cemburu 3 (3)
  4. Aku Cemburu 3 (4)
  5. Aku Cemburu 3 (5)
  6. Aku Cemburu 3 (6)
  7. Aku Cemburu 3 (7)
  8. Aku Cemburu 3 (8)
  9. Aku Cemburu 3 (9)
  10. Aku Cemburu 3 (10)

Share/Save/Bookmark

Drama / Sinetron Lakonan Arwah Adi Firansyah Yang Telah Ditayangkan Astro

Ditulis pada February 10th, 2008 | Ditulis Oleh Ahli Adi Firansyah.Com Bersatu

astro malaysia

Adi Firansyah.Com percaya semua peminat Arwah Adi Firansyah pasti sangat berterima kasih dengan pihak Astro Malaysia kerana sejak kebelakangan ini telah menayangkan banyak sinetron lakonan Almarhum Adi Firansyah.

Selepas satu sinetron lakonan Arwah Adi Firansyah ditayangkan, menyusul pula sinetron arwah yang baru. Semuanya serba silih berganti. Sesungguhnya kami sangat berterima kasih dengan pihak Astro.

Antara sinetron yang telah dan sedang ditayangkan termasuklah:

  1. Tawakal - TELAH DITAYANGKAN
  2. Satu Hati Satu Cinta - TELAH DITAYANGKAN
  3. Kepala Keluarga - TELAH DITAYANGKAN
  4. Gue Oke Situ Oke - TELAH DITAYANGKAN

Sila semak buku panduan siaran Astro untuk maklumat lanjut. Di sini saya turut menyertakan e-mel mengenai jadual tayangan sinetron di ASTRO ARUNA. E-mel ini telah dihantar oleh Ahli Adi Firansyah.Com, Julia dan Bedah38.

Di sini juga Julia mengambil kesempatan untuk memaklumkan bahawa ada 2 Sinetron Ulangan lakonan Arwah Adi mula ditayangkan pada January ini, iaitu Sinetron ‘Satu Hati Satu Cinta’ telah mula ditayangkan kembali setiap hari Sabtu dan Ahad, jam 12.00 am dan 1.00 pm dan ‘Kepala Keluarga’ yang mula ditayangkan pada hari Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 am.

-JULIA

Apa khabar?… di harapkan semuanya sihat. Di sini saya ingin memberitahu sekarang ini telah ditayangkan drama terbaru Arwah Adi yang berjodol ‘Gue Oke Situ Oke’…. drama ini telah ditayangkan setiap isnin hingga jumaat. Drama ini jgk di siarkan sebanyak 3 kali iaitu pukul 8.00 pagi, 5 ptg dan 9 mlm.

-BEDAH 38

Kepada pihak ASTRO, Terima kasih yang tidak terhingga kami ucapkan kerana telah menayangkan semua sinetron-sinetron ini…..

Antara sinetron-sinetron lain lakonan Almarhum Adi Firansyah ialah:

• Satu Diantara Sejuta
• Sahabat Sejati
• Gebetan Baru
• Gengsi Gede-gedean
• Ego/Kalau Cinta Sudah Bicara
• Dari Lubuk Hatiku
• Anggun
• Orang Ketiga
• Aku Cemburu
• Jangan Bilang Benci
• Habibi dan Habibah
• Cinta 2020

Share/Save/Bookmark

Video Terbaik Dalam “Koleksi Video Adi Firansyah.Com”

Ditulis pada February 7th, 2008 | Ditulis Oleh Ahli Adi Firansyah.Com Bersatu

Adi Firansyah.Com merasakan video Tommy Dan Zaskia Tidak Takut Mati sebagai VIDEO TERBAIK kerana mesej yang disampaikannya sangat berguna sebagai persediaan untuk menghadapi kematian.

Walau bagaimanapun, video ini telah sedikit terpotong di bahagian pengakhirannya. Namun itu tidaklah mencacatkan mesej yang hendak disampaikan.

Anda boleh mendengar AUDIO MP3 untuk versi suara penuh tanpa potongan…..

AUDIO MP3:

Tekan Butang “Play Symbol” untuk mendengar audio MP3 seperti di dalam video di atas. Anda perlu BERSABAR sebelum audio ini selesai “LOADING“. Kelajuan talian Internet anda mempengaruhi masa “LOADING

SILA KE BAHAGIAN Tommy Dan Zaskia Tidak Takut Mati UNTUK MAKLUMAT LANJUT….

Share/Save/Bookmark

Video-video Adi Firansyah.Com Yang Terdahulu

Ditulis pada February 7th, 2008 | Ditulis Oleh Ahli Adi Firansyah.Com Bersatu

Saya percaya bahawa kebanyakan daripada peminat Adi Firansyah telah menontonnya, tetapi tidak salah sekiranya kami menyusun semua video-video ini semula.

Video-video ini ialah:

Koleksi Video Terdahulu

  1. Adi Firansyah
  2. Adi Firansyah Forever
  3. Adi Firansyah In Our Memory
  4. Adi Firansyah Peacefully Moved To His Eternal Life
  5. In Memory Of Adi Firansyah
  6. Selamat Hari Lebaran
  7. Video Khas Ulang Tahun Arwah Adi Firansyah

Share/Save/Bookmark

Video Kehidupan Arwah Adi Firansyah

Ditulis pada February 7th, 2008 | Ditulis Oleh Ahli Adi Firansyah.Com Bersatu

Kami di Adi Firansyah.Com telah memindahkan server (pelayan) untuk Koleksi Video Kehidupan Arwah Adi Firansyah ke server Adi Firansyah.Com yang berpusat di Malaysia.

Sebelum ini semua video ini diletakkan di server yang berpusat di Amerika Syarikat. Oleh itu, mungkin ada di antara anda yang mengalami kesukaran untuk mengaksesnya.

Melalui pemindahan ini, diharapkan masa untuk proses muat turun akan sedikit berkurangan berbanding sebelum ini.

Walau bagaimanapun, kepada mereka yang menggunakan koneksi Internet yang perlahan seperti Dial-Up atau ISDN. Anda perlulah bersabar sebelum semua video itu dapat dimuat turun terlebih dahulu.

Proses muat turun selesai apabila “bar” di bawah video itu yang bergerak dari kiri ke kanan telah mencapai tahap penuh 100%.

Untuk mereka yang tidak tahu, anda sebenarnya boleh menonton video itu berulang-ulang kali tanpa perlu mendownloadnya semula sekiranya anda ingin mengulang tayang melainkan jika anda telah “Clear Cache” Internet Explorer atau Mozilla Firefox anda.

Tentang KUALITI video yang agak kabur (blur), kami tidak dapat membuat apa-apa mengenai hal itu. Itu sahajalah yang terbaik kami di Adi Firansyah.Com dapat berikan.

Video-video itu ialah:

Video Kehidupan Arwah Adi Firansyah

  1. Adi Firansyah Dan Hobinya
  2. Adi Firansyah Meninggal Dalam Kemalangan Motosikal
  3. Arwah Adi Firansyah Berniat Menikahi Ussy Sulistyawati
  4. Cara Adi Firansyah Menunggu Berbuka Puasa
  5. Derita-Bahagia Sepanjang Tahun 2006
  6. Ibu Adi Belum Dapat Menerima Pemergian Adi Firansyah
  7. Ibu Adi Mencurigai Bekas Isteri Adi Firansyah
  8. Kesibukan Artis Drama Indonesia Selepas Lebaran
  9. Tommy Dan Zaskia Tidak Takut Kematian
  10. Ussy Sulistyawati Bantah Mahu Bernikah Adi-Firansyah

Share/Save/Bookmark

ADI FIRANSYAH.COM TELAH DILANCARKAN SECARA RASMI

Ditulis pada January 1st, 2008 | Ditulis Oleh Ahli Adi Firansyah.Com Bersatu

ADI FIRANSYAH.COM TELAH DILANCARKAN SECARA RASMI!!!

Pada hari ini, 1 JANUARI 2008, Adi Firansyah.Com telah mula dilancarkan secara rasmi. Hal ini bermakna, semua projek yang telah tertangguh sebelum ini akan mula disambung semula. Semua komen dan e-mel yang telah disimpan sama ada berbentuk pertanyaan atau persoalan telah mula dijawab.

Walaupun pelancaran rasmi Adi Firansyah.Com agak terjejas dengan kehadiran golongan yang tidak bertanggungjawab dalam dunia Internet. Namun, itu tidak seharusnya menjejaskan tujuan dan matlamat utama penubuhan Adi Firansyah.Com iaitu memartabatkan Arwah Adi Firansyah dalam dunia semasa.

Walau bagaimanapun, hendaklah diingat bahawa LAMAN WEB ADI FIRANSYAH.COM BUKAN LAMAN WEB RASMI ALMARHUM ADI FIRANSYAH. Pasti ada yang berasa aneh dan hairan kenapa kami mengatakan sedemikian. Sebenarnya untuk sesebuah laman web itu untuk diiktiraf sebagai RASMI, laman web itu hendaklah mendapat pengesahan daripada pihak-pihak yang berkenaan terlebih dahulu.

Bagi laman web Adi Firansyah.Com, disebabkan Almarhum Adi Firansyah sudah tiada dan kemungkinan besar kontrak antara almarhum dan syarikat beliau sudah terbatal, kami beranggapan KELUARGA ALMARHUM ADI FIRANSYAH ialah satu-satunya entiti yang boleh mengiktiraf Adi Firansyah.Com sebagai rasmi.

Selagi keluarga ALMARHUM ADI FIRANSYAH tidak mengiktiraf (approve) laman web ini, selagi itulah laman web ini akan terus kekal sebagai TIDAK RASMI. Pelancaran rasmi yang kami maksudkan di sini ialah segala perancangan dan aktiviti akan mula dijalankan semula, bukan bermaksud laman ini mendapat “STATUS RASMI (OFFICIAL)”

Laman web ini akan terus berusaha memartabatkan Almarhum Adi Firansyah walaupun belum diiktiraf secara rasmi.

Buat masa ini pihak Adi Firansyah.Com masih belum menghubungi keluarga Almarhum Adi Firansyah untuk tujuan ini. Insyaallah di masa-masa akan datang sekiranya kami mempunyai kesempatan dan mendapat maklumat berkaitan, kami akan menghubungi mereka.

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2008. SEMOGA TAHUN 2008 INI MENJADI SATU LAGI TAHUN YANG PALING INDAH DALAM HIDUP ANDA.

Yang Benar,

ADI FIRANSYAH.COM

Share/Save/Bookmark

Mengenali Arwah Mohamad Azqi

Ditulis pada December 29th, 2007 | Ditulis Oleh Ahli Adi Firansyah.Com Bersatu

Siapakah Mohamad Azqi? Dalam kisah-kisah yang telah dipaparkan sebelum ini, kami menggunakan nama Mohamad Aliff. Sebenarnya yang telah berlanggar dengan Arwah Adi Firansyah bukan kanak-kanak yang bernama Mohamad Aliff tetapi Mohamad Azqi. Terima kasih diucapkan kepada Puan Herti kerana membetulkan kesalahfahaman ini di samping sudi membenarkan Adi Firansyah.Com menggunakan artikel tulisan beliau untuk dipaparkan di laman web ini.

Artikel ini ialah terjemahan daripada artikel tulisan Puan Herti dalam Bahasa Indonesia. Untuk melihat artikel asal, sila ke laman web beliau.

Mohamad Azqi

Sebuah Memori Untuk Mohamad Azqi

Azqi, seorang anak yang riang, cerdas, dan mempunyai rasa ingin tahu yang tinggi. Lihat gambarnya. Dia berdiri di lokomotif kereta api dengan memakai jam tangan hitam. Saya sering tak terjawab segala pertanyaannya. Suatu hari dia pernah bertanya.

“ Cikgu herti, pembantu cikgu ada berapa?”
“ Saya tidak ada pembantu “ jawab saya
“ Kenapa tidak ada? Siapa yang mencuci baju?’
“ Saya mencuci sendiri?”
“Sendiri cikgu? “
“ Cikgu pergi ke sekolah naik apa?”
“Naik beca”
“ Naik beca…?”

Azqi tidak pernah berhenti bertanya. Terus dan terus. Dia anggap semua orang sama seperti dia, pergi ke sekolah dihantar dengan kereta dan pemandu peribadi. Dulu, Hampir setiap hari saya harus mendengar kata-kata ini

“ Cikgu… Azqi mematahkan pensil aku “
“ Cikgu, Tadi Azqi memukul aku “
“ Pembarisku dipatahkan oleh Azqi “

Atau tiba-tiba saja ada yang menangis

“ Diganggu sama Azqi….”

Perlahan-lahan saya mendekati Azqi. Tidak ada sinar kekerasan di matanya. Justeru sebaliknya, matanya sendu dan menyimpan kesedihan.

“Azqi, kamu kenapa?”

Itu selalu pertanyaan awal saya

Saya berusaha mengenalpasti, mengapa Azqi sering melakukan kekasaran.

Azqi tidak mahu markah hasil kerjanya di bawah 10. Saya sering terjumpa robekan kertas jika hasil kerjanya tidak sempurna. Padahal Emak Azqi, sangat memberi perhatian. Dia rajin bertanya keadaan sang anak. Saya tabik padanya. Tapi entah kenapa, perilaku kasar Azqi sulit untuk dihentikan. Memang ada perbezaan cara mendidik anak antara ayah dan ibunya. Perlahan-lahan saya amati hobi Azqi. Dia peminat Valentino Rossi, sering kali dia menggantikan namanya menjadi Valentino Azqi. Dia juga suka muzik, seperti Peter Pan dan Samsons.

Mohamad Azqi

Saya sama sekali tidak menyalahkan Azqi kerana perilakunya. Dia masih kecil, saya hanya ingin tahu, hal apakah yang membuat dia menjadi sangat kasar. Apakah tayangan televisyen seperti Smackdown (Gusti). Teori psikologi anak membezakan antara pelaku dan perilaku. Jadi, jangan menilai bahawa si anak jahat, nakal, kasar. Katakan bahawa “Anak soleh, tidak boleh nakal“. Jika dilihat kepada Azqi. Memang, jika sekadar teori tanpa kesabaran tidak ada hasilnya.

Saya pernah tidak tahan dan mengatakan bahawa jika dia terus menyakiti rakan-rakannya, dia akan masuk penjara seperti kes jenayah Raju (nama penjenayah). Tapi ternyata dia tidak takut. Dia memberitahu kalau di dunia
ini tidak ada yang sayang padanya. Lalu saya membawanya keluar. Waktu itu saya bingung apa yang harus dibuat. Tiba-tiba saja dia bercerita sambil menangis.

Dan dia menceritakan semua isi hatinya pada saya. Entah kenapa, saya yang saat itu benar-benar kesal, menjadi ingin menangis juga. Saya peluk dia dan saya beritahu bahawa banyak orang yang mencintai dia, apatah lagi saya. Saya tidak boleh menceritakan semuanya di sini. Terlalu banyak kenangan saya bersama Azqi. Sampai pada suatu hari, saya mendengar khabar bahawa dia meninggal kerana kemalangan dengan artis Arwah Adi Firansyah.

Saya benar-benar terkejut. Bagaimana mungkin si kecil Azqi boleh menaiki motosikal terlalu jauh. Lalu saya teringat cita-citanya untuk menjadi pelumba seperti Valentino Rossi. Hari itu, ibunya memang berasa kehilangan. Azqi diajak rakan-rakannya bermain di luar kompleks. Padahal setahu saya, ke mana-mana dia pergi pasti akan dihantar. Azqi memang sudah boleh naik motosikal sejak darjah satu. Ibunya berkata, Azqi hanya boleh keluar di sekeliling kompleks sahaja.

Badan Azqi memang besar, tegap dan kuat. Mungkin dia memang perlu membuat sesuatu untuk menyalurkan tenaganya yang berlebihan. Saya mempunyai niat untuk menyarankan Azqi untuk ikut bermain pancaragam. Mungkin kalau dia ikut, dia tidak akan memukul rakan-rakannya lagi. Tapi saya telah terburu-buru berpindah dari sekolah Azqi. Disaat-saat akhirnya, Azqi jarang datang. Padahal saya ingin sekali bercakap dengan dia. Sekarang, Azqi sudah tenang di sana. Allah lebih sayang kepadanya, dia dipanggil begitu cepat. Membawa semua kenangan saya bersamanya………….

P/S: Kepada Puah Herti, terima kasih atas artikel ini. Semoga Arwah Mohamad Azqi dan Arwah Adi Firansyah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman di sisi Allah S.W.T. Amin………

Untuk gambar yang bersaiz lebih besar sila klik di SINI dan SINI

Share/Save/Bookmark